BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Liat bayar sewa rumah RM124

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_01.1.jpg


Tinjauan Kosmo! semalam mendapati ada penghuni di PPR Laksamana Jalan Peel, Kuala Lumpur yang mampu menggunakan kereta mewah seperti Honda Civic, Hyundai Elantra dan Chery Easter.

KUALA LUMPUR – Walaupun hanya perlu membayar RM124 sebulan atau RM4 sehari, hampir 28,000 penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih liat membayar sewa rumah menyebabkan hutang tertunggak setakat ini mencecah RM50 juta.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz (gambar kecil), terdapat kira-kira 28,000 penyewa rumah PA dan PPR yang begitu degil menjelaskan sewa tunggakan sehingga tidak mengendahkan surat-surat amaran yang telah dikeluarkan DBKL.

“Pihak DBKL sepatutnya memperoleh RM80 juta setahun untuk sewa rumah PA dan PPR, bagaimanapun jumlah yang berjaya dikutip hanya RM60 juta. Selepas kami mengeluarkan surat amaran, kita dapat kutip sebanyak RM10 juta lagi.

“Baki RM10 juta terus tertunggak dan setelah dikumpul jumlah hutang sejak lima tahun lalu sudah mencecah RM50 juta.

“Saya amat kecewa dengan sikap penghuni yang tidak mahu memberikan kerjasama walaupun sewa bulanan hanyalah RM124 sebulan, sedangkan mereka boleh melunaskan bil Astro, kereta dan motosikal,” katanya pada sidang akhbar Bajet DBKL 2016 di Menara DBKL di sini semalam.

Mhd. Amin berkata, pihak DBKL terpaksa bertindak tegas terhadap penyewa yang begitu berdegil apabila dalam tempoh dua tahun ini pihaknya telah merampas kembali lebih 256 unit rumah dengan mengunci bekalan air, selain lima penyewa dibawa ke mahkamah.

“Mereka yang dibawa ke mahkamah itu disebabkan hutang yang terlampau tinggi sehingga ada yang berjumlah lebih RM10,000,” katanya.




sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 
melayu...
kereta taknak kalah.
siap tkr spot rim. heh...
 
Belum lagi melayu yg buat sublet. Sewa RM 124 sebulan tak bayar, lepas tu dia sewakan balik dkt org lain RM 700-1000 sebulan. Ni spesis Melayu haprak anak haram.
 
Tu psl bandaraya nk jual je....byr astro bole plk
 
dh bagi sewa murah pun x nak bayar..sesiapa yg tinggal kat sana maybe tau problem
 
sepatutnya penyewa ni bersyukur dapat menyewa dengan hanya serendah RM124 aje kalau kat tempat lain jangan haraplah itu...itu pun liat nak bayar.
 
agak2 la...bapak murah rm124.
 
Pastu meroyan g panggil ngo kata melayu x tolong melayu..tindas bani melayu..masuk tv bagai sbb lif x berfungsi.sampah x kutip..padahal astro mcm2 chanel paling mahal g amik.
 
Back
Top
Log in Register