balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
SHAH ALAM – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menegaskan pihaknya sentiasa komited dalam memberikan layanan sama rata tanpa diskriminasi ke atas semua pelanggan dan pembayar cukai.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Dr Mohd Syukor Mahfar dalam sebuah kenyataan hari ini berkata, penekanan sentiasa diberikan dalam amalan integriti serta tadbir urus bagi memastikan tiada ketirisan dalam kutipan cukai dan hasil kerajaan berlaku.
“LHDN ingin menjelaskan bahawa tindakan penguatkuasaan terhadap setiap pembayar cukai adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
“Tindakan audit serta siasatan cukai pula dilakukan selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) seperti mana yang terkandung dalam Rangka Kerja Audit dan Rangka Kerja Siasatan Cukai yang boleh dicapai oleh orang ramai melalui portal rasmi kami," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas spekulasi yang dilemparkan oleh sebuah akhbar tempatan yang mendakwa LHDN memberikan ‘layanan istimewa’ kepada syarikat korporat besar sdalam urusan pembayaran cukai sehingga menyebabkan kerajaan kehilangan beratus juta ringgit.
“Akta Cukai Pendapatan 1967 memperuntukkan setiap pembayar cukai mempunyai hak untuk membuat rayuan terhadap taksiran yang dibangkitkan serta aturan bayaran cukai yang hendak mereka lakukan secara ansuran, ianya mestilah dilakukan melalui kaedah dan prosedur yang telah ditetapkan.
“Manakala bagi proses pertimbangan pihak LHDN, kami akan meneliti kedudukan kewangan dan aliran tunai pembayar cukai agar mereka mempunyai kemampuan untuk melunaskan tunggakan cukai tersebut,” jelasnya lagi.
Tegasnya lagi, pihaknya tidak boleh sewenangnya mendedahkan maklumat percukaian dan tindakan yang telah diambil ke atas pembayar cukai kerana ianya menyalahi Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksyen 138.
“Di bawah seksyen 138, Akta tersebut telah menetapkan bahawa maklumat percukaian adalah sulit dan tidak boleh didedahkan atau dibincangkan dengan mana-mana pihak dan ianya hanya boleh didedahkan jika pendakwaan dimulakan oleh mana-mana mahkamah.
Sehubungan dengan itu, pihaknya menyeru kepada mana-mana pihak yang mempunyai bukti ke atas dakwaan terbabit tampil ke hadapan dan membantu pihak LHDN menjalankan siasatan ke atas dakwaan tersebut.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/lhdn-nafi-beri-layanan-istimewa-1.292907