BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lexus GS serba baru

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Kehadiran Lexus GS bakal memberi saingan kepada BMW 5-Siri dan Infiniti M37. Menurut Lexus Malaysia- generasi keempat model GS menandakan model kedua yang memaparkan falsafah reka bentuk baru jenama mewah Jepun yang dipanggil L-finesse. Reka bentuknya yang lebih canggih dan berani, ditambah dengan gril gelondong baru hadapan yang akan diguna pada semua model-model lain Lexus sebagai simbol identiti keteguhan jenama dan masa depan Lexus.

Dengan dalaman berkualiti tinggi dan pengendalian lincah, Lexus GS adalah sebuah kereta premium yang bernilai untuk wang. Mula diperkenalkan secara global di Los Angeles Amerika Syarikat, November lalu, Lexus GS memperkenalkan beberapa teknologi berinovasi tinggi yang merupakan kemunculan pertama dalam model GS.

Ia termasuk tetikus komputer remote touch controller yang memenangi anugerah di mana membolehkan pemandu mengendalikan pelbagai sistem tanpa perlu mendepakan tangan untuk menekan butang atau suis.
Bahagian dalaman yang direka bentuk semula menampilkan paparan Electro Multi Vision terbesar pertama dunia dalam bidang automotif. Paparan skrin 12.3 inci memudahkan pemandu melihat informasi peta dan audio, kawalan suhu atau maklumat-maklumat lain kenderaan yang dikehendaki.

Bagi varian Luxury dan F-sport, terdapat pilihan sistem audio yang menawarkan kuasa dan kejelasan tiada tandingan. Sistem audio opsyen Mark Levinson memiliki 17 pembesar suara yang memberikan kualiti bunyi tertinggi. Ciri-ciri didatangkan hanya ada pada model.


F-Sport

Sementara ruang dalaman memberi cita rasa sukan dan mewah kepada penumpang. Model GS menawarkan dua pilihan enjin bertenaga- varian GS250 dijana oleh enjin 2.5-liter V6 yang menghasilkan kuasa 207hp dan kuasa kilas 253Nm, manakala varian tertinggi GS350 menggunakan enjin 3.5-liter V6 yang menghamburkan kuasa maksimum 306hp dan kilas maksimum 378Nm. Kesemua varian dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan.

Lexus GS ditawarkan di Malaysia dalam lima varian berbeza bermula dengan GS250 pada harga RM366,200 dan bagi varian Luxury dan F-Sport pula ialah RM400,600. Varian GS350 pula bermula daripada RM456,800 hingga RM464,800 bagi model Luxury dan F-Sport.

Pilihan warna yang ditawarkan untuk GS250 adalah putih, perak, kelabu dan hitam. Bagi varian Luxury turut tersedia dua warna tambahan fire agate mica metalik dan biru mica metalik, sementara varian F Sport hanya boleh ditempah menerusi warna putih, perak, kelabu, hitam dan Crimson CS.

Kehadiran Lexus GS menjadi tarikan kepada eksekutif dan profesional yang menginginkan sedan mewah yang mampu menyaingi pesaing-pesaing lain. Lexus GS mewakili prinsip berterusan Lexus iaitu Pursuit of Perfection yang akan pastinya meningkatkan penanda aras daripada segi kejituan dalam kualiti, ketelitian dan penggayaan dalam pasaran mewah.

Walaupun tidak begitu menonjol, perubahan tersebut adalah bermakna dan nyata, yang membawa pengalaman Lexus GS ke tahap seterusnya. Untuk jualan, Lexus Malaysia menyasarkan jualan sekitar 150 unit menjelang akhir tahun ini.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/rencana/lexus-gs-serba-baru-1.39467
 
Last edited:
Mak aii rege semi-d huhu..
 
Memang gempak cam Bmw
Tp orang mesia tetap pndang bmw dr lexus
Even bmw yg org mesia pakai banyak yg recond punye
:))
 
Banglo bergerak cuma x payah baya cukai pintu. Cukai tanah adaaa
 
bangga pakai lexus ni..kire rare atas jalan
 
Back
Top
Log in Register