BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Letupan umpama zon perang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


GOPENG – Letupan tong gas dalam empat buah rumah menggamatkan suasana Kampung Orang Asli Ulu Jelintoh, di sini, semalam, menyebabkan penduduknya bertempiaran lari umpama menyelamatkan diri dari zon perang.

Kejadian pada jam 3.30 petang itu telah menyebabkan lima rumah musnah dalam kebakaran dipercayai bermula dari aktiviti membakar sampah yang mana bara apinya diterbangkan angin ke arah salah sebuah rumah binaan kayu dan buluh.

Natijah daripada insiden itu, 24 penghuni kehilangan tempat tinggal, manakala seorang kanak-kanak berusia setahun, Ijam Atom, melecur di lengan kanan serta celah paha.

Ibu kanak-kanak berkenaan, Wah Alang Baha, 22 memaklumkan, dia hendak membasuh kain di belakang rumah ketika kejadian sebelum mendengar letupan di rumah jiran yang terus merebak ke rumahnya.

Katanya, nasibnya agak baik kerana anak bongsunya yang berusia sebulan telah dihantar ke rumah ibu saudara pada masa kejadian membolehkan dia menyelamatkan Ijam serta seorang lagi anak berusia empat tahun yang bermain di ruang tamu.

"Saya menjerit meminta tolong daripada jiran berhampiran semasa menyelamatkan diri, namun mereka juga tidak dapat berbuat apa-apa kerana api merebak dengan cepat. Suami saya pula pergi memancing ketika itu.

"Sedih apabila melihat rumah kami musnah hingga tidak tinggal sesuatu apa pun, termasuk keperluan anak-anak," katanya yang kini terpaksa menumpang di rumah saudara.

Seorang lagi mangsa, Alang Ngah, 71, masih dalam keadaan terpinga-pinga akibat kejadian, tambahan terdapat dakwaan kebakaran itu bermula dari rumahnya.

Menurut Alang, dia bersama seorang anak ke hutan mencari kayu api serta hasil hutan semasa kejadian dan tidak memasak apa-apa sebelum meninggalkan rumah.

Sementara itu, Pemangku Ketua Bomba Zon Ipoh, Mohd Shukor Fadzil berkata, panggilan berhubung kejadian diterima pada jam 3.35 petang dan enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Tiba di lokasi, empat daripada lima rumah telah musnah 100 peratus, manakala sebuah lagi telah 80 peratus hangus. Api dikawal pada jam 4.09 petang," katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/letupan-umpama-zon-perang-1.70803
 
24 penghuni kehilangan tempat tinggal..
agak banyak juga mangsa yang terlibat..
macam mana lah dorang nk beraya yang bakal menjelang
 
erm.
aku sedih ble tgk kdaan org asli ni.
aku pernah ad program keluarga agkt org asli kt jelebu.
aku tgk khdupan dorg daif n naif.
kasta stil ade.
aku dpt family drpd kasta rendah.
klo kasta rendah, umah pakai buluh j.
nk thu kasta tinggi n rendah tgk rumah dorg.
klo atas bkit tu kasta tggi la.
 
satu kerugian yang besar...
takziah..
 
kt tmpt ak k'jaan siap dh bina umah batu tapi ad gk yg xnk duduk, nk duduk gk dlm hutan umah kayu...
agk nye diorg dh selesa mcm tu
 
Back
Top
Log in Register