Hati dan perasaan manusia akan tercermin melalui matanya, kerana mata manusia adalah cermin jiwa. Mulut mungkin saja berbohong, tetapi mata selalu jujur.
Ajaran Islam itu tidak akan tumbuh di dalam jiwa yang dibungkus dengan kemusyrikan, kebendaan dan kemegahan dan ia akan tumbuh di dalam hati yang penuh keikhlasan.
Gagalnya suatu usaha itu sekali-kali tidak akan memburukkan kita apabila kita mengerjakannya dengan ikhlas. Kejadian yang berlalu ada faedahnya, kalau Dia menunjukkan jalan untuk maju.
Di antara tanda matinya hati
ialah tidak adanya rasa sedih dan sesal
kerana kehilangan kesempatan berbuat taat(ibadah)
dan kesalahan yang terlanjur dilakukannya.
(Ibnu Atthoillah As-Sakandari)
Orang yang beriman selama-lamanya mencintai allah.
Semakin menebal keimanannya, semakin dalam perasaan cintanya.
Jika sudah dilamun cinta, dimatanya sering terbayang akan apa yang dicintainya.
Demikian juga dengan seluruh rongga kalbu, penuh dengan rasa rindu.