BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Letak papan tanda amaran

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Penduduk dan pengguna jalan raya memohon pihak berkenaan meletakkan papan tanda amaran di laluan rosak di Jalan Lama Rantau Panjang dekat Kampung Siram.​

SIRAM - Penduduk dan pengguna jalan raya memohon pihak berkenaan meletakkan papan tanda amaran di laluan rosak di Jalan Lama Rantau Panjang dekat Kampung Siram.

Guru, Kharil Anwar, 37, berkata, dia yang tinggal di Meranti akan melalui jalan berkenaan setiap pagi, namun ada sebilangan pengunjung luar yang tidak pernah melalui kawasan ini, lebih cenderung untuk memandu laju.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan kenderaan mereka mengalami kerosakan kerana tidak sempat berhenti sebelum melalui kawasan jalan berbatu dan berlubang.

"Jika ada papan tanda atau tanda amaran, pengguna jalan raya tidak akan memandu laju sekali gus mengelak kemalangan terutama waktu malam.

"Kami bersyukur kerana jalan ini sentiasa dibaiki sebelum berlakunya banjir, namun kami mohon agar kerja baik pulih dapat dipercepatkan demi keselamatan penduduk," katanya.

Menurutnya, penduduk memohon agar kerja baik pulih dilakukan di kawasan utama terlebih dahulu seperti penurapan di kedua-dua laluan Pasir Mas-Rantau Panjang.

Katanya, memandangkan banjir tahun lalu agak luar biasa, ia menyebabkan hakisan teruk di sisi jalan raya.

"Saya cadangkan agar dahulukan kerja penurapan kerana ia boleh membahayakan pengguna, berbanding membaiki hakisan," katanya.
 
Back
Top
Log in Register