KUALA LUMPUR: Industri hiburan tanah air terus ‘dipalit lumpur’ apabila segelintir artis wanita dikesan sanggup menggadai maruah dengan menawarkan khidmat sebagai teman sosial kepada lelaki hidung belang, terutama golongan berada.
Lebih mengejutkan, ‘artis sundal’ itu bukan sekadar teman untuk berhibur, malah rela membiarkan diri dinodai asalkan sesuai dengan harganya.
Sebahagian rencah ‘dunia busuk’ industri hiburan itu terbongkar selepas seorang penyedia khidmat teman sosial mendedahkan, pihaknya turut menawarkan khidmat daripada kalangan artis.
Lelaki yang mahu dikenali sebagai Jefri itu ditemui Metro Ahad menerusi bantuan seorang kaki perempuan yang mengaku pernah mendapatkan khidmat artis wanita sebagai teman sosial.
Begitupun, menurut Jefri, bukan mudah untuk mendapatkan khidmat ‘artis penyedap’ itu kerana mereka begitu memilih dalam menerima tawaran dengan memberi keutamaan kepada pelanggan yang memberi bayaran lumayan.
Oleh ABIE ABDULLAH, ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan SHAKILAWATI ABD RAHMAN
[email protected]
Sumber : Metro Online