BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Letak air kencing dalam jus majikan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
image.jpg

KUWAIT CITY - KUWAIT. Seorang wanita dipercayai pembantu rumah bertindak meletakkan air kencing dalam segelas jus majikannya, lapor Mirror.uk

Video menjijikan berdurasi 53 saat itu dirakam melalui kamera yang disembunyikan dan dimuat naik dalam laman perkongsian LiveLeak dua hari lalu

Dalam rakaman tersebut, seorang wanita yang memakai pakaian seragam berwarna biru menyediakan segelas minuman dan diletakkan di atas kabinet dapur

Selepas wanita itu meninggalkan dapur berkenaan, seorang wanita lain yang berpakaian warna hijau dan berselendang mengambil sebuah bekas lain dan kemudian memasukkannya di dalam pakaiannya

Wanita berkenaan kemudian dilihat menuang cecair di dalam bekas berkenaan dipercayai air kencing ke dalam minuman tersebut

Sementara itu, memetik Metro.UK, perlakuan wanita berkenaan dirakam oleh majikannya warga Kuwait yang ragu-ragu dengan wanita itu ketika menyediakan sarapan pagi kepadanya

Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai kejadian itu tidak dapat dipastikan, namun perbuatan wanita itu mengundang kritikan netizan yang rata-rata menganggap ia perbuatan yang menjijikkan
 

Mak aiiii...

ada la tu yang dia x puashati pape tu...dah minum ke blm agaknya tuannya ni...
 
sape2 ada hire maid sila ltk kamera video yer.ekekeke
 
mak aihhh...

air kangkang ni...
 
Back
Top
Log in Register