BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lesen terbang RM1,000

izack1981

Legendary Member
gem
Messages
10,374
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,374
Reaction score
61
Points
120
mainpix

HASSAN (kanan) memeriksa kereta yang ditahan kerana diubah suai tanpa kebenaran dalam Ops Pengarah di Jalan Penang, malam kelmarin.

GEORGETOWN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan satu sindiket mengeluarkan 'lesen terbang' dengan mengenakan bayaran RM1,000 ke atas setiap pelanggan tanpa perlu menduduki ujian.

Kegiatan itu terbongkar apabila JPJ menahan seorang lelaki berusia 20-an dalam satu sekatan jalan raya di sempadan Pulau Pinang-Perak, berhampiran Parit Buntar, Rabu lalu.

Pengarah JPJ Negeri, Hassan Yaakub, berkata pemeriksaan ke atas lesen memandu lelaki terbabit mendapati dokumen itu tidak mempunyai ciri keselamatan ditetapkan.

Berikutan itu, lelaki terbabit dibawa ke pejabat JPJ negeri di sini untuk memastikan kesahihan lesen memandunya dan dokumen itu disahkan palsu. JPJ turut mengambil keterangan daripada lelaki terbabit.

Selepas menerima maklumat daripada lelaki itu, JPJ turut merampas kira-kira 150 lesen memandu palsu daripada orang ramai yang menyerahkan lesen masing-masing di pejabat JPJ negeri.

Orang ramai yang kebanyakkannya rakan lelaki terbabit menyerahkan lesen memandu palsu itu kepada JPJ selepas dimaklumkan lesen mereka tidak sah.

P/S: Bukan lesen je terbang, duit pon terbang gaks!!

:(scam:(scam:(scam:(scam
 
amek lesen modal tinggi sangat kot..
mana ada duit..lom tentu pas lagi tu
 
Back
Top
Log in Register