BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lepas aktivis roboh kuil, tiga MP k'jaan seru bertenang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,177
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,177
Reaction score
346
Points
141
0e1d42611634612117287625db1e4aa7.jpg

295a113270f6e54bdcbcd578a870784c.jpg

1fad5827bdf3f5351e6fd153c5014880.jpg

2dcaeed35d00ae9cc6f26a1a473bbb92.jpg

b26c632888c69bb2c4e298a823817a16.jpg


Tindakan aktivis merobohkan sebuah kuil tanpa izin di Rawang mendorong tiga ahli parlimen kerajaan menyeru orang ramai supaya bertenang di tengah perdebatan hangat mengenai rumah ibadat bukan Islam.

Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan pada sidang media bersama Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer dan Ahli Parlimen Hulu Langat Sany Hamzan, berkata isu bantahan terhadap pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran perlu ditangani mengikut prosedur undang-undang.

“Tujuan kami mengadakan sidang media adalah untuk merayu semua pihak bertenang dan tidak beremosi apabila ia berkait dengan isu-isu yang kini sedang panas di luar sana, terutama isu binaan rumah ibadat tidak mengikut peraturan,” katanya di lobi bangunan parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

“Kami juga merayu semua rakyat Malaysia untuk terus mengekalkan keamanan dan kestabilan yang kita ada. Jangan jadikan isu ini memecah-belahkan kita.

"Sebab sekarang kita tengok di media sosial banyak satu pihak dan satu pihak lain seperti satu perkara yang amat membimbangkan,” katanya.

Terdahulu hari ini dilaporkan aktivis Tamim Dahri (gambar bawah), yang aktif berkempen menentang kuil tanpa izin, ditahan selepas merobohkan sebuah kuil di Rawang awal pagi tadi.

Peguam Aidil Khalid mendakwa kuil di Taman Rawang Perdana itu dibina di atas tanah milik Yayasan Kubra.

Seorang pemegang amanah yayasan berkenaan, Ismail Mina, dilaporkan meminta bantuan Tamim untuk membersihkan struktur tersebut susulan seruan Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya “membersihkan” rumah ibadat yang dibina melanggar undang-undang.

Anwar, yang membuat seruan itu dua hari lalu, semalam turut memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri terhadap kuil tanpa kebenaran.

Sementara itu, Syahredzan berkata kepelbagaian ini sepatutnya menjadi asas kekuatan masyarakat, bukan sesuatu yang memecahkan atau memisahkan sesama rakyat Malaysia.

“Jadi sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab, kami menggunakan platform ini untuk menyeru semua rakyat Malaysia supaya kekal tenang dan memelihara keamanan, keharmonian serta kestabilan yang kita nikmati, dan tidak membiarkan isu ini memecahbelahkan kita.

“Kita diingatkan bahawa kita semua rakyat Malaysia — masyarakat berbilang kaum, berbilang agama dan berbilang budaya.

Rayer kemudian menterjemahkan mesej Syahredzan itu ke dalam bahasa Tamil.

Sany pula menegaskan sebarang tindakan perlu diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan, bukan individu.

“Sebab itu saya nak sarankan pada mereka yang mengambil tindakan (sendiri)...ya kita dengar PMX kata ‘ambil tindakan’ tapi bukan kita.

"Yang nak ambil tindakan adalah pihak berkuasa. Pihak berkuasa. Kalau ada di tempat-tempay kita tu yang kita tak puas hati dengan pembinaan apa juga struktur, kita laporkan lah pada pihak berkuasa.

"Pada semua sahabat-sahabat kita yang lain, kita kena bertenang. Kita serahkan semua pada agensi berkuasa untuk menyelesaikan,” katanya.

Secara berasingan, Ahli Parlimen Selayang William Leong berkata kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara sentiasa berasaskan rasa hormat bersama, toleransi dan pematuhan kepada kedaulatan undang-undang.

“Oleh itu, kita harus bergantung pada kekuatan ini untuk membimbing kita dalam menangani isu kompleks seperti ini.

“Kita perlu memahami bahawa kewujudan rumah ibadat tidak berdaftar hari ini banyak dipengaruhi keadaan sejarah dan kerumitan keterbatasan pentadbiran pada masa lalu,” katanya.

“Oleh itu, isu sebegini, khususnya yang melibatkan status tanah, mesti diselesaikan melalui saluran undang-undang dan pentadbiran yang betul.

“Tidak membantu dan tidak bertanggungjawab bagi mana-mana pihak mengambil tindakan unilateral yang tidak mematuhi kedaulatan undang-undang serta prosedur sedia ada,” katanya melalui satu kenyataan.

 
3 jahanam

humban nanti pru16
 
Back
Top
Log in Register