BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lenovo Tiriskan Sejumlah Kad Grafik NVIDIA Baru

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Semalam, dilapor bahawa ASUS telah meniriskan sedikit butiran mengenai kad-kad grafik yang akan diumumkan oleh NVIDIA tidak lama lagi, seperti NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 yang mempunyai memori video sebanyak 12GB.

Terkini, tiba giliran Lenovo pula untuk meniris maklumat mengenai kad-kad grafik yang akan ditawarkan lagi oleh NVIDIA tidak lama lagi. Tidak seperti kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti yang telahpun diketahui sebelum ini, Lenovo meniriskan sedikit butiran mengenai dua kad grafik didalam kategori pertengahan.

Lenovo dijangka akan memperkenalkan sebuah desktop yang bernama Lenovo Legion R5 28IMB05 yang akan dikuasakan oleh pilihan kad grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 3070. Apa yang menarik ini ialah ia juga akan menawarkan tiga kad grafik yang masih belum diperlihatkan lagi oleh NVIDIA.

Ia termasuklah NVIDIA GeForce RTX 3050 dan juga NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti yang masing-masing mempunyai memori GDDR6 sebanyak 4GB dan 6GB. Kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti mempunyai tiga palam DisplayPort 1.4a dan satu palam HDMI 2.1, manakala kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 mempunyai jumlah palam yang sama, tetapi dengan penambahan palam DVI.

Dalam pada itu, tangkap layar yang dilihat juga mengesahkan bahawa NVIDIA akan memperkenalkan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 dengan penambahbaikan memori daripada 8GB ke 12GB GDDR6 seperti yang ditiriskan oleh ASUS sebelum ini.

NVIDIA dijangka akan memperlihatkan pelbagai model kad grafik untuk desktop dan komputer riba di sebuah acara khas pada 12 Januari kelak.

Legion-Lenovo-Legion-R5-28IMB05-RTX3050-RTX3060-1200x625-1-950x495.png.webp


Sumber asal https://videocardz.com/newz/lenovo-confirms-geforce-rtx-3050-ti-6gb-rtx-3050-4gb-and-rtx-3060-12gb
 
Back
Top
Log in Register