BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Lenovo Auto Twist AI PC Mempunyai Penutup Yang Di Buka & Berpusing Sendiri

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
IFA Berlin ialah tempat syarikat pengeluar menunjukkan produk-produk terbaru dan kadang kala juga untuk memperlihatkan peranti konsep. Lenovo menggunakan peluang ini untuk memperlihatkan komputer riba konsep Auto Twist AI PC yang mempunyai bahagian penutup bermotor yang boleh dibuka dan berputar dengan sendiri.

Lenovo-Auto-Twist-AI-PC-B-950x535.jpg.webp


Menurut Lenovo Auto Twist AI PC boleh mendengar kawalan suara untuk membuka penutup komputer riba. Selepas dibuka ia engsel pada penutup boleh mengikut pergerakan pengguna apabila melakukan sesi telesidang misalnya. Walaupun engsel bermotor digunakan, rekaan Auto Twist AI PC adalah sama sahaja dengan komputer riba Lenovo yang lain kerana tiada komponen tambahan membuatkan ia nampak lebih tebal.

Lenovo-Auto-Twist-AI-PC-A-950x535.jpg.webp


Kerana ia sekadar peranti konsep, tiada maklumat mengenai spesifikasi. Lenovo juga tidak mengatakan sama ada mereka merancang untuk menawarkan Auto Twist AI PC kepada umum dalam masa terdekat.​
 
Back
Top
Log in Register