BTC USD 83,712.8 Gold USD 4,286.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lenggong

butterland

Legendary Member
gem
Messages
11,420
Joined
Jan 2, 2008
Messages
11,420
Reaction score
211
Points
123
Lenggong

Lenggong adalah sebuah bandar di bahagian utara Perak, Malaysia yang terletak 100 kilometer dari utara Ipoh. Bandar ini juga berhampiran dengan Gerik, Empangan Temenggor, Lawin, Kota Tampan, Banding dan lain-lain.

Bandar Lenggong boleh dikunjungi melalui jalan utama yang menghubungkannya dengan bandar berdekatan. Jalan ke Lenggong kebanyakannya diselitupi oleh ladang sawit dan hutan rimba. Banyak lembu dan kerbau sering kelihatan di sepanjang jalan.



Prasejarah Malaysia

Kaji purba

Lembah Lenggong merupakan tapak arkeologikal di mana wujudnya bukti-bukti penempatan manusia semenjak tempoh Paleolithik telah ditemui. Tapak-tapak arkeologikal penting termasuk Kota Tampan, Bukit Jawa di Kampung Gelok dan Kampung Temelong. Penemuan arkeologikal paling terkenal di Lenggong adalah Orang Perak, rangka peninggalan berusia 11,000 tahun yang ditemui pada 1990. Peralatan batu berusia 100,000 tahun telah digali dekat Kampung Geluk dan Kampung Temelong. Di sana telah telah ditemui bukti bahawa Gua Harimau merupakan tapak penghasilan peralatan gangsa semasa Zaman Gangsa. Terdapat juga Muzium Arkeologikal Lenggong di Kota Tampan di mana artifak yang digali dari kawasan sekitar dipamerkan. Muzium itu terletak dalam lingkungan satu ladang kelapa sawit di jalan dari Kuala Kangsar ke Gerik (atau Grik).


Orang Perak

Rangka manusia paling tua ditemui di Malaysia terdapat dalam negeri Perak di Semenanjung Malaysia. Lokasinya yang tepat adalah di Gunung Gua Runtuh, sebuah gua tempat persemandian terakhirnya yang terletak di Bukit Kepala Gajah di Lembah Lenggong di Ulu Perak. Rangka tersebut merupakan seorang lelaki dengan satu ketinggian kira-kira 157 cm, yang berusia sekitar 50-an. Ia ditemui pada 1991 dan rangka tersebut telah dikenal tarikh sebagai berusia sekitar 11,000 tahun. Pada tahun 2004, satu lagi rangka telah dijumpai di Teluk Gua Kelawar di Lenggong, Perak oleh satu pasukan ahli arkeologi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Kali ini ia adalah adalah 'Wanita Perak' dengan ketinggian 148 cm dan dipercayai berusia 40-an.


Perkakasan Batu

Satu kawasan pengeluaran peralatan batu yang tidak diganggu di mana peralatan kerikil dihasilkan dengan menggunakan alat seperti andas dan tukul batu telah digali di tapak arkeologikal Kota Tampan. Bengkel ini bertarikh semenjak 75,000 tahun dahulu.


Masakan
Lenggong adalah juga masyhur kerana hidangan ikan air tawarnya. Makanan istimewa tempatan adalah pekasam, iaitu ikan yang diperap bersama garam dan beras bakar, dan biasanya diperam dalam tempayan selama dua minggu.



Artikel Lain Mengenai Lenggong

Tamadun Awal 40,000 - 2,000 Tahun Dahulu Di Tanah Melayu

cavesoldmalaysianh1.jpg


Sejarah awal tamadun manusia di Tanah Melayu telah bermula tidak kurang 200,000 tahun dahulu di mana bukti-bukti kewujudan manusia dapat di jumpai sekitar Kota Tampan di Lenggong, Perak. Anatara penemuan terbesar yang pernah di rekodkan dalam kajian sejarah Malaysia ialah penemuan rangka manusia yang berumur sekitar 11,000 tahun di Leggong yang diberi nama ‘Perak Man’ atau ‘Orang Tampan’.

Di kawasan sekitar Lenggong juga, ditemui beberapa kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu bagi membuat andas dan tukul-tukul batu bagi kegunaan manusia pra-sejarah yang masih terpelihara dengan baik.

Selain kewujudan manusia pra-sejarah Tanah Melayu di Lenggong Perak, antara penemuan terbesar Malaysia juga terdapat di sekitar Gua Niah, Sarawak. Bukti-bukti yang berusia lebih kurang 40,000 tahun ini menunjukkan bahawa sudah ada penempatan manusia sejak sekian lama.

Salah satu bukti kewujudan manusia pra-sejarah yang terkenal ialah lukisan-lukisan di dinding Gua Tambun seperti di bawah.

tambuncavepaintingsow9.jpg


sumber: Sejarahmelayu




Berita hari ini di Harian Metro

Manusia terawal di dunia
Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi
[email protected]


GEORGETOWN: Sekumpulan ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) menemui bukti kehadiran manusia terawal dunia yang dipercayai wujud sekitar 1.83 juta tahun lalu di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak.

Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (PPAM) USM, Prof Madya Dr Mokhtar Saidin, berkata kesimpulan itu dibuat berdasarkan penemuan kapak tangan, alat repehan atau pisau dan batu teras sepanjang kajian bermula Ogos sembilan tahun lalu di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, penemuan itu sekali gus menolak teori antarabangsa sebelum ini yang mendakwa manusia terawal wujud di Jawa, Afrika dan China kira-kira 1.8 juta tahun lalu.

Katanya, artifak berkenaan ditemui melekat dalam batuan ‘suevit’, sejenis batu yang terbentuk disebabkan hentaman meteorit hampir dua juta tahun lalu, membuktikan manusia sudah wujud sebelum kejadian itu.

“Hasil penemuan itu mengambil masa tiga bulan sebelum mendapat pentarikhan di Makmal Geochronology di Tokyo, Jepun mengikut kaedah belahan (fission track dating).

“Ia turut mendapat pengesahan dua ahli arkeologi dari Universiti Oxford dan Universiti Pennsylvania kira-kira dua minggu lalu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kajian dijalankan sembilan ahli arkeologi USM diketuai Dr Mokhtar yang berakhir pada Jun tahun lalu sejurus penemuan artifak berkenaan.

Teori sebelum ini menyatakan manusia awal berusia kira-kira 1.8 juta tahun wujud di Georgia, Eropah Timur selepas fosil manusia terawal ditemui dalam penemuan sama di Jawa, Indonesia.

Dr Mokhtar berkata, penemuan alat yang pernah digunakan ketika zaman itu membuktikan manusia awal wujud di negara ini, sebelum dipercayai berpindah ke Jawa atau Afrika berikutan impak meteorit.

“Penemuan itu membuktikan manusia terawal wujud di Lenggong, Perak walaupun kita tidak menemui rangka kerana artifak peralatan yang ditemui dan digunakan adalah milik manusia zaman itu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan terus membuat kajian di kawasan sepanjang empat kilometer di Bukit Bunuh, Lenggong bagi mencari fosil rangka manusia dan yakin dapat menemuinya di kawasan itu.

“Kita tidak akan berhenti di sini, malah akan terus menjalankan kajian. Mungkin selepas ini, kita akan menemui rangka manusia atau artifak lain,” katanya.


sumber : Wikipedia
 
Last edited:
ukss DUNIA erk..kenapa x popularkan info nie.. ako sampai sekrang dok igt manusia tertua kat luar negara..rupanya MALAYSIA...


Bagus info nie..dapat thanks dari AKO!
 
lenggong ..hehhe ...kampung aku neh ...

kalu ada info lain mengenai lenggong,tepek kat sini..

aku dah pegi sane!!ok la not bad :D:D:D

menarik dari segi keindahan ke bro?
ada gambar kat sana letak la sini..

ukss DUNIA erk..kenapa x popularkan info nie.. ako sampai sekrang dok igt manusia tertua kat luar negara..rupanya MALAYSIA...


Bagus info nie..dapat thanks dari AKO!

aku pn baru tau lepas baca harian metro..terawal dunia..:o
 
menarik gak..last week baru aku lalu Lenggong..daripada Taiping ke Gerik, silap jalan masuk jalan lama..ngeri gile...kalau ada komunis thn tengah jalan,mau haru.. tapi mase return aku lalu ikut jalan baru Gerik-K.kangsar-taiping,masuk highway...kena rm5 pun takpe,lega...
 
perak man tu mmg confirm paling tua dalam dunia eh :)?
 
lenggong ni antara penempatan awal kat malaysia yg aku dengaq
cerita la
 
BUKIT Bunuh

BUKIT Bunuh bagi kebanyakan penduduk di sekitar daerah Lenggong, Perak ketika ini hanya dikenali sebagai ladang kelapa sawit milik tauke Cina dan pada zaman penjajah Inggeris kawasan ladang itu dimiliki `Tuan Mat Saleh' dengan ditanam beribu-ribu pohon getah.

Tidak ada yang istimewa mengenai kawasan di bahagian barat Sungai Perak itu, ia sama seperti ladang lain di negara ini Ñ diusahakan sejak awal tahun 1900 untuk menjana ekonomi setempat.

Nama Bukit Bunuh bagi penduduk berdekatan pula dikaitkan dengan kisah bagaimana seorang lelaki pertengahan usia yang bermimpi bahawa dia perlu membunuh isterinya untuk mendapat harta dan menjadi kaya.

Terpengaruh dengan mimpinya, dia memilih tempat untuk melaksanakan tugas tersebut iaitu di sebuah kawasan hutan terpencil di atas bukit yang bersempadan dengan lembah yang agak luas.

Maka hebohlah penduduk kampung dengan rancangan lelaki separuh usia itu dan kerelaan isterinya untuk dikorbankan semata-mata kerana mahu suaminya menjadi kaya dan dipandang tinggi di mata orang kampung.

Rancangan itu bagaimanapun tidak menjadi kenyataan kerana ketika si isteri sedang mandi berlimau (mandi dengan perahan air limau sebelum dibunuh) di tepi sungai, dia ternampak tempayan emas sedang hanyut.

Lalu diambilnya tempayan itu dan diberikan kepada suaminya. Rancangan membunuh dibatalkan dan kekallah suami isteri itu sebagai orang kaya kerana sudah berharta.

Hutan berbukit berhampiran lembah itu kemudiannya digelar Bukit Bunuh oleh orang kampung mengambil sempena peristiwa tersebut.

Kawasan itu kononnya tidak berani diusik sehinggalah diteroka oleh penjajah Inggeris.

Kewujudan Bukit Bunuh yang tidak pernah dipedulikan masyarakat bagaimanapun berubah awal baru-baru ini apabila seorang ahli kaji purba dari Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Mohd. Mokhtar Saidin mendakwa menemui bukti tamadun prasejarah zaman paleolitik berusia 20,000 hingga 30,000 tahun di kawasan tersebut.

Beliau bersama 13 pelajarnya menggali tujuh tempat di mana serpihan batu iaitu pisau dan senjata purba tertanam di sekitar kawasan itu dan menemui banyak serpihan batu berbentuk tiga segi dan tirus yang masih tidak terusik.

Kualiti penghasilan pisau batu jenis kuarzit, rijang dan kuarza itu amat tinggi bagi manusia zaman paleolitik, mungkin sehebat penghasilan pisau lipat Swiss Army dalam hubungan hari ini.

Ekskavasi bermula 5 hingga 12 April itu menganggarkan beribu-ribu bukti dapat ditemui dalam lingkungan 1.3 kilometer persegi di kawasan berkenaan.

Apa yang penting penemuan tersebut membuka ruang untuk mengesan sebuah pusat tamadun purba zaman paleolitik yang terbesar di Asia Tenggara dan masih belum terusik.

Penemuan itu mampu memperkukuhkan teori adaptasi tasik mengenai ketamadunan zaman prasejarah dan kemampuan manusia di rantau ini dalam mereka cipta peralatan zaman batu.

Penemuan tersebut mungkin tidak sehebat kejayaan ekskavasi barat mengesan habitat manusia purba berusia 2 juta tahun di Olduvai George, Afrika Tengah atau pondok berusia 450,000 hingga 380,000 sebelum Masihi di Terra Amata, Nice Perancis.

Bagaimanapun, ia membuka peluang untuk ahli arkeologi mencari bukti ketamadunan purba zaman paleolitik dalam suasana dan budaya di kawasan beriklim panas khatulistiwa dan monsun tropika.

Sebelum ini, penerokaan terhadap khazanah purba selain di Afrika banyak tertumpu di Eropah dengan penemuan bahan purba yang tertanam tidak terusik termasuk di kawasan sejuk bawah paras beku.

Apa yang ditemui oleh penyelidik USM ini bagaimanapun memperluaskan dimensi dalam ekskavasi purba kerana ia memberi tumpuan terhadap tamadun sebelah timur.

Dr. Mohd. Mokhtar ketika menerangkan penemuannya kepada 25 wakil media massa dalam satu kunjungan di kawasan itu minggu lalu menjelaskan bahawa kawasan Bukit Bunuh mungkin wujud sebagai sebuah pulau 20,000 hingga 30,000 tahun lampau.

``Lembah berhampiran merupakan tasik di mana mereka mencari ikan dan mendapat air minum, jadi mereka menetap di sini dan membentuk pelbagai batu tajam untuk memotong daging,'' jelasnya.

Batu yang dibentuk tajam oleh manusia purba turut dijadikan alat untuk melapah kulit, mengetuk tulang dan kayu atau mempertahankan diri dari serangan binatang buas.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut mengorek dua tapak seluas dua meter persegi dengan bantuan beberapa remaja di kampung berkenaan untuk menunjukkan serpihan batu yang tidak terusik kepada wakil media.

Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, USM, Profesor Datuk Dr. Zuraina Majid ketika menghuraikan penemuan tersebut memberitahu kegiatan mengesan bahan purba di negara ini hanya aktif selepas 1987.

Sebelum ini, Malaysia serta negara-negara di sekitar Asia Tenggara dianggap tidak mempunyai bukti dalam ketamadunan purba sekali gus dianggap terkebelakang pada zaman prasejarah berbanding manusia di benua lain.

Mereka juga dianggap terlalu mundur, jauh ketinggalan dan tidak mempunyai perkembangan daya fikir untuk hidup dengan sempurna.

Sebelum USM menjalankan penyelidikan arkeologi di Lembah Lenggong, manusia terawal di negara ini hanyalah dianggap wujud sekitar 10,000 tahun lalu di Gua Cha, Kelantan, 35,000 tahun lalu di Gua Niah, Sarawak dan di Sabah 20,000 tahun lampau di Tingkayu dekat Tawau, Sabah.

Bukti terbaru daripada kajian ahli-ahli arkeologi USM menunjukkan tamadun purba di negara ini bermula lebih awal dan bukti yang ditemui mempunyai impak besar terhadap sejarah Asia Tenggara keseluruhannya.

Lokasi penemuan pusat masyarakat prasejarah Bukit Bunuh pula terletak kira-kira empat kilometer dari Bukit Jawa iaitu salah sebuah kawasan purba yang ditemui pada awal 1990-an.

Sebelum ini, para ahli arkeologi tempatan turut menemui Kota Tampan iaitu kawasan prasejarah di Lembah Lenggong yang kaya dengan tinggalan masyarakat prasejarah. Ekskavasi Kota Tampan pada 1987 telah menemukan kira-kira 50,000 alat batu yang terdiri daripada batu pelandas, batu teras, batu pemukul, sisa serpihan dan puingan.

Selain Kota Tampan, kawasan prasejarah di Lembah Lenggong ialah Gua Harimau, Gua Gunung Runtuh, Bukit Jawa, Temelong dan Lawin.

Penemuan terpenting ialah manusia terawal `Perak Man' pada 1990 yang hidup kira-kira 11,000 tahun lalu di Gua Gunung Runtuh yang menyumbang terhadap pengetahuan baru mengenai manusia awal di Semenanjung.

Bukti pembuatan alat-alat batu turut ditemui di Bukit Jawa berhampiran Kampung Gelok.

Ekskavasi itu mendapati lebih kurang 100,000 tahun lalu, banyak kumpulan manusia dikenali sebagai Kra Ithmus mendiami sebuah pulau dalam tasik.

Kedudukan Bukit Bunuh yang tidak begitu jauh dari kawasan penemuan bahan purba di Kota Tampan pula boleh membawa andaian bahawa ada pertalian atau hubungan antara kelompok manusia ketika itu.

Apa yang dikemukakan dalam ekskavasi penyelidikan purba USM dijangka diteruskan secara terperinci sehingga lima tahun lagi bagi mendapatkan lebih banyak bukti sokongan serta menunjukkan kepada masyarakat dunia tentang kemampuan manusia purba dari benua Asia.

Rahsia Bukit Bunuh selama ini mungkin tersimpan dan tidak diendahkan oleh sesiapa pun tetapi penemuan kali ini membawa bukti sokongan untuk meneroka dan mengemukakan bukti demi keunggulan tamadun bangsa.


Sumber : Muziumlenggong
 
Mungkin ada faktor sosio-ekonomi n politik, atas kepentingan negara.. Lenggong terpisah dr mana2 lokasi sejarah penting negara.. Ada org bgtau aku camtu.. Sampai skrg aku tertanya-tanya..
Apapun, lepak Lenggong mmg best.. Dulu2 ada ladang teh mcm kat Cameron Highland..:D
 
Lenggong.... tempat lahirku...
masa aku kecik dulu aku jumpa segumpal duit syiling lama...
bnyk jenis gak...aku jumpa dalam perut lembu..
masa tu kenduri kawin bapak sedara aku...
 
Batu Berusia 300 Juta Tahun

Oleh: NIZHA PERIASWAMY



ne091tr8.jpg

DZULKIFLI (kanan) bersama Mokhtar menunjukkan artifak
batu yang ditemui di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak pada
sidang akhbar di George Town semalam.



GEORGE TOWN - Siapa sangka, Bukit Bunuh, Lenggong di Perak bakal dijadikan lokasi bersejarah dunia!

Ini berikutan penemuan arkeologi yang paling bermakna untuk kajian kewujudan kehidupan manusia, bukan sekadar beberapa puluh ribu tahun tetapi lebih 1.8 juta tahun dahulu.

Perkara tersebut didedahkan oleh Profesor Madya Mokhtar Saidin dari Pusat Pengajian Arkeologi Malaysia (PPAM), Universiti Sains Malaysia (USM) yang turut disertai oleh Naib Canselor USM, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Pada sidang media yang dipercayai paling bersejarah semalam, Mokhtar memberitahu, pasukan arkeologi terdiri daripada sembilan orang dari PPAM, USM yang dipimpinnya menemui sebuah kapak tangan (handaxe) berusia 1.83 juta tahun.

Menurut beliau, kajian lanjutan 'Kuarteneri Hulu Perak dan Sabah Timur' yang dijalankan pada Jun 2008 menemukan bukti baru kewujudan manusia awal itu.

"Buktinya adalah pada alat batu seperti kapak genggam ini," katanya sambil menunjukkan kapak tangan yang diperbuat menggunakan tangan manusia dan bukan semula jadi.

"Artifak (kapak tangan) itu ditemui melekat pada sejenis batu, suevit iaitu batu yang terbentuk akibat hentaman meteroit," katanya.

berita mengenai batu yg berusia 300 juta thn
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register