BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lempeng....anyone??

akay

Banned
gem
Messages
14,865
Joined
Jan 30, 2008
Messages
14,865
Reaction score
17
Points
115
Pertama kali makan lempeng

Oleh HAJAR NUR ADDNI MD YUSOF

Bagaimanakah sambutan Festival Kuala Lumpur yang mengangkat makanan tradisional seperti lempeng pisang dan pisang rebus untuk diperkenalkan kepada orang ramai?




--------------------------------------------------------------------------------


LEMPENG pisang dan pisang rebus. Adakah anda mengenali makanan ini? Jarang sekali kita berpeluang untuk mencuba makanan seperti ini bukan? Kalau makanan Melayu tradisional dikenali sebagai lempeng, manakala makanan Barat pula piza.

Kemodenan menyebabkan banyak makanan-makanan tradisional terus terpinggir tetapi masyarakat lebih mengangkat dan mengenali makanan dari luar.

Atas dasar rasa tanggungjawab untuk mengekalkan makanan tradisional ini, lempeng pisang dan pisang rebus diperkenalkan bersempena Festival Kuala Lumpur baru baru ini. Festival yang bermula pada 7 Julai hingga 13 Julai lalu berlangsung di Pasar Seni Kuala Lumpur.

"Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai makanan ini, jadi ia penting untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kewujudan makanan ini.

Selain itu, kami juga memasak dodol secara langsung untuk diberikan kepada orang ramai mencuba khususnya kepada pelancong asing," kata Pengurus acara festival, Hassan Saad.

Pada festival tersebut, chef selebriti, Yang Jamil telah menunjukkan demonstrasi makanan tradisional iaitu lempeng pisang dan pisang rebus.

Mengapakah beliau memilih lempeng pisang dan pisang rebus? "Ia mengingatkan saya kepada zaman nenek moyang selain memberi pendedahan kepada generasi baru.


"Ramai yang tidak tahu mengenai makanan ini. Sepatutnya kita perlu mengenali makanan tradisional ini," ujarnya ketika di temui di Pasar Seni, baru-baru ini.

Katanya, secara tidak langsung, ia juga mengembalikan nostalgia masakan tradisional lama yang semakin pupus di telan zaman. "Kebetulan harga barang makin naik, apa kata kita beralih kepada makan tradisional seperti ini," ujarnya.

Ramai yang tidak sedar makanan sebegini berkhasiat kerana tidak menggunakan bahan perasa dan tanpa bahan pengawet. Walaupun ia mungkin dianggap cerewet oleh sesetengah pihak tetapi proses penyediaannya amat mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

"Benar, lempeng yang siap masak tidaklah kelihatan cantik dan menarik seperti piza, tetapi ia sangat sedap dan lazat. Tidak semestinya makanan yang kita lihat itu cantik, menarik tetapi sedap dan berkhasiat.

"Makanan seperti ini mudah dibawa ke mana-mana dan dan senang dibuat. Saya berharap orang ramai dapat cuba membuat makanan seperti ini di rumah," tambahnya.

Seorang pengunjung, Farah Mokhtar, 18, tidak pernah mendengar makanan lempeng ini apatah lagi mencuba makanan seperti ini.

"Saya sendiri tidak pernah makan makanan seperti ini. Ini kali pertama saya mencuba. Tetapi bagus mempromosikan makanan ini kerana ramai yang tidak tahu mengenainya terutamanya generasi muda. Makanan ini kurang kolesterol dan kos pembuatannya pun murah serta menjimatkan," ujarnya.

Seorang lagi pengunjung Mazlina Mohd Nasir, 25, menyifatkan program ini sepatutnya perlu mempelbagaikan lagi jenis makanan tradisional ini.

"Saya sendiri tidak mengetahui dan mencuba makanan seperti ini. Alangkah bagus sekiranya diperbanyakkan lagi mempromosikan makanan kita khususnya untuk memperkenalkan kepada pelancong asing yang datang," ujarnya.

Sempena Festival Makanan dan Buah-buahan 2008 ini, pelbagai program yang diadakan sepanjang bulan Julai ini.

Di pasar Seni, berlangsungnya festival jualan makanan dan buah-buahan anjuran persatuan Ibu Tunggal Belaian Kasih Kuala Lumpur dengan kerjasama majlis Tindakan Perlancongan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Lembaga Pemasaran Pertanian persekutuan (FAMA) dan Central Market Sdn. Bhd.

ramai rupenye yg x kenal ape itu lempeng
 
first makan lempeng mase umo 9 thn,kat sekolah member bwk sedap mak dia buat,sampai x sedar loceng dah bunyi menghayati kesenian memakan lempeng,pastu bila masuk kelas plak sekali lagi dpt lempang free dari cikgu:(( :((
 
xmkn lempeng..hehehe..xsk tepung sj..
 
lempeng bapak aku buat jugak sedap cecah sambal sardin...
ergh..tak bole cerita la..
:D :D :D :D :D
 
seminggu sekali makan lempeng ngan pisang rebus
 
Back
Top
Log in Register