BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lembu peliharaan hilang

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
KUALA TERENGGANU: Seorang suri rumah yang sibuk menyediakan juadah sempena Hari Raya terkejut mendapati empat ekor lembu peliharaannya lesap dilarikan pencuri, awal pagi kelmarin.

Dia kemudian terkejut selepas mendapati empat lembu bernilai antara RM7,000 hingga RM8,000 yang ditambat pada sepohon pokok di belakang dapur rumahnya hilang.


Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Shaik Othman Abdul Hamid berkata, mangsa yang mengesyaki lembunya dilarikan pencuri terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Setiu, jam 1.30 pagi hari sama.


Katanya, mangsa percaya lembu peliharaannya dicuri untuk disembelih dan dijual dagingnya bagi persediaan sambutan Hari Raya enam.


Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan sabit kesalahan suspek boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.


Bagi kesalahan kali kedua, suspek boleh dipenjara dan didenda atau sebat.


Katanya, beberapa kes kecurian lembu dilaporkan oleh beberapa mangsa sebelum dan selepas sambutan Hari Raya di daerah Setiu pada tahun lalu.


“Kita tidak dapat memberi kes secara terperinci kerana ada kes masih dalam siasatan polis, namun kita tidak menolak andaian lembu dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menjual dagingnya pada musim perayaan,” katanya.


Shaik Othman turut menyeru orang ramai yang ada maklumat mengenai kegiatan mencuri binatang ternakan supaya menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan.


“Kita mahu kes kecurian ternakan di daerah ini dihentikan ketika orang ramai sibuk menyambut perayaan pada musim akan datang, tetapi pemilik ternakan perlu mengambil langkah berhati-hati untuk memastikan ternakan mereka selamat dengan membina kandang bersesuaian,” katanya.
 
Dah takde cara nak dapatkan duit ke dia orang ni.
 
kes accident lggar lembu pun ramai yg trus kasi angkat masuk lori haha
 
permintaan yg tinggi menjelang raya membuatkan pencuri pn tak peduli lembu siapa..:D
 
dah jadik ini kot..

RendangDaging.jpg
 
aku tengok lembu tu kau dah bagi dia pakai spek itam lagi, bukan yg tu ker,,, :eek: :eek:


amboi masta... tumpang gelak:)):))

macam2 kalau terlalu bernafsu nak dapat duit...
 
Nak dapatkan duit...macam2 cara...semua main redah ajer.
 
Back
Top
Log in Register