BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lembu Aiman berkaki lima

The Maut

Super Active Member
Messages
8,335
Joined
Jul 19, 2019
Messages
8,335
Reaction score
175
Points
83
obj17640092_1567781412.jpg

MUHAMMAD Aiman bersama lembu kesayangannya yang unik bernama Awang ketika dibawa keluar untuk meragut rumput. FOTO Bernama

SEEKOR lembu jantan muda yang diternak oleh pengusaha ternakan lembu Muhammad Aiman Muhammad Zaini, 24, mempunyai keunikan tersendiri apabila mempunyai lima kaki berbanding empat yang kebiasaan ada pada haiwan itu.
Lembu berbaka Limousine yang diberi nama Awang berusia 10 bulan berasal dari Perancis dan mempunyai ciri-ciri berotot dan kurang lemak.
Awang dibeli oleh Muhammad Aiman daripada seorang rakannya yang juga penternak lembu itu.

obj17642012_1567781417.jpg

LEMBU jantan muda yang diternak Muhammad Aiman. FOTO Bernama

Anak lembu berkaki lima

image.jpg

Muhammad menunjukkan anak lembunya yang berkaki lima di Kampung Bukit Payung, Besut hari ini.

BESUT - Seekor anak lembu jantan berusia lima bulan menarik perhatian ramai kerana mempunyai lima kaki berbanding empat pada kebiasaannya.

Penternaknya, Muhamad Samad, 57, berkata, anak lembu yang dilahirkan pada bulan April lalu itu mempunyai tambahan kaki yang tumbuh di bahagian dada.

Dia berkata, berdasarkan maklumat pegawai veterinar, kaki kelima yang terbentuk pada dada anak lembu peliharaannya itu disebabkan simptom polymedia berpunca daripada pembahagian berulang kali kromosom lembu tersebut di dalam uterus atau rahim induknya sewaktu proses pensenyawaan.

"Saya difahamkan simptom polymedia ini boleh berlaku kepada haiwan dan manusia. Apa pun kelahiran anak lembu berkaki lima ini dianggap sebagai kurniaan Allah bagi menunjukkan kebesaranNya.

"Ini kali pertama lembu peliharaan saya dilahirkan dalam keadaan istimewa seperti ini sepanjang lebih 20 tahun menjadi penternak lembu," katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Bukit Payung di sini hari ini.

Muhammad berkata, anak lembu itu memperlukan penjagaan rapi memandangkan kaki kelimanya mudah mendapat komplikasi sejak dilahirkan.

Tak lama g adalah dpt tawaran org nak beli dgn harga yg lumayan tapi taknak menjualnya.
 
Kalau buat lauk isi tak sedap ni.
 
Back
Top
Log in Register