ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Gambar hiasan
BUTTERWORTH - Seorang lelaki menyamun sebuah baldi plastik kecil yang digunakan seorang peniaga gerai minuman menyimpan wang hasil jualannya, di hadapan Masjid Jamek Perai dekat sini semalam.
Baldi itu mengandungi wang sebanyak RM15.
Namun tindakan pantas polis berjaya menahan lelaki itu yang juga seorang penagih dadah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata dalam kejadian pukul 10.50 pagi itu, anggota polis yang sedang membuat rondaan terdengar seorang wanita menjerit meminta tolong dan mendapati peniaga minuman berkenaan baru sahaja disamun.
"Polis terus mengejar lelaki yang menaiki motosikal itu dan berjaya menahannya tidak jauh daripada masjid tersebut," katanya.
Rusli berkata, baldi itu ditemui dalam bakul motosikal lelaki berkenaan.
Polis turut menemui empat paket heroin dan peralatan menghisap dadah dalam beg sandang lelaki berkenaan.
Beliau berkata, motosikal yang ditunggang lelaki itu juga merupakan motosikal curi yang dilaporkan hilang di Seberang Jaya minggu lepas.
Lelaki berusia 34 tahun itu yang turut membawa teksi juga dipercayai terlibat dalam beberapa kes mencuri motosikal dan menyamun di sekitar SPT. - Bernama