BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

lelaki muda pemboros

NEMO

CG Super Hardcore Club
gemgemgem
Messages
109,177
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,177
Reaction score
1,046
Points
1,101
Wanita sering dikaitkan dengan hobi ‘membuang duit’ iaitu membeli-belah, namun hakikatnya lelaki muda merupakan golongan yang paling ramai dibelenggu hutang kerana kegagalan menguruskan kewangan.

Golongan itu mula mengumpul hutang sejak awal bekerja dan apabila berumah tangga, hutang semakin menimbun sehingga gagal dibayar menyebabkan mereka terpaksa mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk keluar daripada masalah itu.

Menurut statistik yang dikeluarkan AKPK, dari 2007 hingga Februari 2010, seramai 25,107 atau 69 peratus daripada 36,547 pelanggan perkhidmatan pengurusan kredit di agensi itu adalah lelaki.

Lelaki berusia 30 hingga 40 tahun merupakan golongan yang paling tinggi iaitu 44.6 peratus atau 16,286 orang mendapatkan khidmat itu bagi melangsaikan hutang masing-masing diikuti 14,622 orang golongan berusia lebih 40 tahun (40 peratus) dan 5,639 orang golongan berusia antara 20 hingga 30 tahun (15.4 peratus).

Golongan yang berkahwin paling ramai mendapatkan khidmat itu iaitu 28,068 orang (76.8 peratus) diikuti bujang seramai 6,260 orang (17.1 peratus) dan bercerai seramai 1,508 orang (4.1 peratus) sementara kematian pasangan seramai 711 orang (dua peratus).

Menurut statistik itu, masing-masing 25 peratus punca golongan tersebut tidak mampu membayar balik pinjaman adalah disebabkan kegagalan merancang kewangan sejak mula bekerja dan perbelanjaan perubatan yang tinggi.

Penyumbang ketiga terbesar pula ialah penggunaan kad kredit di luar kawalan iaitu sebanyak 17 peratus diikuti gagal dalam perniagaan dan hilang pekerjaan iaitu masing-masing 12 peratus.

Faktor lain ialah kematian ketua keluarga (dua peratus) diikuti kegagalan dalam pelaburan (satu peratus) dan lain-lain (enam peratus).
 
salah kerajaan gak.. biarkan skim cepat kaya tumbuh pesat, bila dah ramai join baru serbu.. akhirnya ahli2 yg merana.. ceo bebas berjoli sakan.. haprak !!
 
baru kerja terus loan mau kete besar maa...biar kete cung.....duit dalam poket kering....mau ayat aweks maa....asset berharga...hehehe...sudahnye....
 
aku pun hutang kad kredit bnyak gila...mmg boros ....aku kena duduk dlm hutan kot klu nak selamat duit :))
 
aku pun hutang kad kredit bnyak gila...mmg boros ....aku kena duduk dlm hutan kot klu nak selamat duit :))

kad kredit ni mmg bahaya kalau x betul cara penggunaan ny
kena pandai rancang pembayaran blk hutang tuh
ramai mmbr2 aku pakai kad kredit tuk byr duit minyak je
tp dorg dah spare kan duit utk byr duit minyak tuh
 
ako dulu jimat..sejak keje borosss gak. hampeh.
 
aku baru hutang PTPT-PU je RM8K huhu..
aku dapat pinjam RM20K... tapi guna RM8K hehehe
lagi balance pakai duit sendiri.. xsuka hutang...

tp heran gak pelajar2 melayu... dapat PT je.. = joli...

padahal tataw yg diorang akn kne byr balik nanti hm
 
kad kredit ni mmg bahaya kalau x betul cara penggunaan ny
kena pandai rancang pembayaran blk hutang tuh
ramai mmbr2 aku pakai kad kredit tuk byr duit minyak je
tp dorg dah spare kan duit utk byr duit minyak tuh

Btoll..cam ayah sye asal nk isi minyak aje pakai kdt kad..tgk2 hutang aje da dekat 6 riban..so mak yg byarkan & terminated kad ayah....pakai x beringat kn da susah...:p:D
 
so far, mmbr sy yg pakai tu still leh byr hutang tuh
xde masalah lg la :D

Ok xpe..cam mak mmg xbagi sye pakai kdt kad...dok ngan mak mmg susah skitt tu xbley nie bley tp die pantau kite oklah..ada pon kad ATM ajela...:p:)):))
 
Back
Top
Log in Register