BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Meninggal Dunia Ketika Candat Sotong

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Lelaki Meninggal Dunia Ketika Candat Sotong​

d25c1e6279f46d3c8bb3990702941ecc60ea9d408846d


Seorang lelaki meninggal dunia ketika mencandat sotong di perairan Besut di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1.16 pagi itu, mangsa yang berusia 59 tahun berasal dari Jerangau, Dungun dilaporkan rebah secara tiba-tiba di atas bot.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Rozaime Ab Rahim berkata rakan-rakan mangsa cuba memberikan bantuan pernafasan kecemasan namun gagal.

“Mangsa kemudian dibawa ke jeti Kampung Tanjung Lali dekat Kampung Raja sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rozaime berkata bedah siasat yang dijalankan di Hospital Besut mengesahkan punca kematian adalah akibat serangan jantung.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

 
Semoga dipermudah urusan. Semoga kita semua husnul khatimah.
 
Back
Top
Log in Register