akudotcom
CG Hardcore Club


- Messages
- 61,479
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 61,479
- Reaction score
- 7,005
- Points
- 881
Lelaki maut terjun tingkat 31
- Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
- 5 Mac 2021, 4:50 pm
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
KLANG – Seorang lelaki maut selepas terjun daripada tingkat 31 sebuah pangsapuri di Jalan Bayu Laut 6/KS 09 di sini, hari ini.
Mayat mangsa berusia 30an itu ditemui kira-kira pukul 9 pagi di tingkat lapan pangsapuri itu oleh orang awam sebelum menghubungi pihak polis.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa dikatakan dilihat mundar-mandir di sekitar tingkat 31 itu sebelum
meletakkan telefon bimbit dan sebilah pisau di tingkat berkenaan.
“Lelaki itu seterusnya terjun sebelum ditemui di tingkat lapan pangsapuri berkenaan.
“Dia dipercayai tinggal di salah satu unit pangsapuri tersebut namun polis belum menemukan sebarang kad akses rumah dengan butiran peribadi mangsa masih dikesan polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk proses bedah siasat.
Jelas Shamsul Amal, hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan mati mengejut. -K!ONLINE