BTC USD 62,775.4 Gold USD 4,336.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki maut ditikam adik sendiri

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
poliisisipload.transformed.jpg

KULIM: Seorang penyelia kilang mati ditikam adik kandungnya sendiri dalam kejadian di Kampung Kelapa Batu 8, dekat Lunas, di sini, petang semalam

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa, S Mohanakrishnan, 54, ditemui di depan pintu pagar rumahnya dalam keadaan berlumuran darah akibat tikaman pada rusuk kiri

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad, berkata kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang adik berusia 50 tahun berkunjung ke rumah seorang lagi adik-beradik mereka berusia 52 tahun untuk membincangkan sesuatu

"Berdasarkan maklumat, adik mangsa berusia 50 tahun itu keluar seketika untuk membeli makanan, namun ketika dalam perjalanan, dia menerima panggilan daripada mangsa memaklumkan dirinya ditikam

"Selepas berpatah balik, adik mangsa menemui abangnya itu terbaring di halaman rumah berhampiran pintu pagar dan terus menghubungi ambulans, namun mangsa disahkan sudah meninggal dunia," katanya

Abdullah berkata, susulan kejadian itu, polis menahan adik mangsa berusia 52 tahun untuk tindakan lanjut dan merampas senjata digunakan dalam kejadian itu yang ditemui di rumah suspek

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/192045
 
Back
Top
Log in Register