BTC USD 60,736.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Maut Disyaki Ditikam

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836

Lelaki maut disyaki ditikam​

02 Mac 2023 12:49pm

2112348.jpg


Mangsa yang maut dipercayai ditikam menggunakan objek tajam dalam kejadian di Hadapan Medan Selera Cina Pekan Lukut, di sini pada Rabu.


PORT DICKSON - Seorang lelaki maut dipercayai ditikam menggunakan objek tajam dalam kejadian di Hadapan Medan Selera Cina Pekan Lukut, di sini pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin bekata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.35 malam daripada orang awam.

"Sejurus menerima maklumat tersebut pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki terbaring di atas jalan iaitu di kawasan parkir dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

2112349.jpg


Mangsa ditemui terbaring di atas jalan iaitu di kawasan parkir dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.


"Lelaki itu bagaimanapun, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Lukut yang berada di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, mayat lelaki berusia 38 itu telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk ujian Covid-19 dan proses bedah siasat bagi menentukan sebab kematian simati.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis kini giat untuk mengesan suspek yang terlibat.

"Siasatan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh," katanya.

Justeru katanya, pihak polis memohon kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini agar tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk membantu siasatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-6472222.


 
seperti biasa kalau takde nama n identiti dah tau dah bangsa ape..
 

Polis cari Poo Kiong, Kar Yan bantu siasatan kes bunuh​

10 Mac 2023 03:22pm

2122094.jpg


Laporan Sinar Harian berhubung kejadian pada 1 Mac lepas. Gambar kecil dari kiri: Sin Poo Kiong, Leong Kar Yan


PORT DICKSON - Polis sedang mengesan dua individu yang merupakan saksi utama kes seorang lelaki yang maut selepas disyaki ditikam dengan objek tajam dalam kejadian di hadapan Medan Selera Cina, Pekan Lukut, di sini pada 1 Mac lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, dua individu itu merupakan seorang lelaki bernama Sin Poo Kiong, 40 tahun dan seorang wanita, Leong Kar Yan berusia 34 tahun.

"Masing-masing beralamat terakhir di Bandar Baru Permas Jaya, Masai Johor dan Taman Johor Jaya, Johor Baharu.

"Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan dan kita sedang mengesan dua orang saksi utama ini yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan siasatan kes ini yang disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ujarnya, pihak polis memohon jasa baik orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan saksi utama kejadian ini untuk segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.

"Mereka juga boleh berbuat demikian dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan, Muhammad Azril Ahmad Rapiee di nombor 012-7791224," katanya.


 
Back
Top
Log in Register