kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
KUALA KRAI: Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah apabila dirempuh keretapi Ekspres Timuran di hadapan Stesen Manek
Urai di sini, hari ini.
Fariq Hakim Mat Saat @ Isa, 28, dari Kampung Telipot, Kota Baharu, mati di tempat kejadian setelah digilis keretapi berkenaan manakala rakannya Ahmad Hafiz Che Ismail, 28, dari Jalan Dewa Kota Baharu, kini dirawat di Hospital Kuala Krai.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Abdul Rahman Japar, berkata kejadian jam 6.20 pagi itu membabitkan keretapi ekspres yang dalam perjalanan dari Singapura ke Tumpat.
Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu yang menaiki keretapi loko cuba melintas landasan untuk menaiki keretapi mereka yang sebelum
itu berhenti di stesen berkenaan bagi memberi laluan kepada kretapi ekspres terbabit.
"Mereka menaiki keretapi loko itu dari Stesen Keretapi Wakaf Baharu untuk ke Dabong bagi mengunjungi pusat peranginan Gunung Stong.
"Mereka cuba melintas landasan utama untuk menaiki semula keretapi loko berkenaan yang menunggu di landasan nombor dua kerana menyangka wisel berbunyi daripada kereta terbabit untuk meneruskan perjalanan, tanpa menyedari kedatangan keretapi ekspres itu," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat manakala rakannya yang cedera dilapor berada dalam keadaan stabil.
Pengurus Wilayah Timur Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Ibrahim Sulaiman berkata, mereka yang menaiki keretapi loko itu sepatutnya tidak turun di Stesen Manek Urai.
"Keretapi yang dinaiki itu bukan berhenti lama, hanya memberi laluan untuk perjalanan keretapi ekspres Timuran dari Singapura ke Tumpat. Mereka berdua dianggap melintasi landasan secara haram walaupun penumpang keretapi," katanya.
berita harian online news.