eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR 1 Nov. - Seorang lelaki yang dipercayai meledakkan bahan letupan di sebuah tapak pelupusan sampah berhampiran pangsapuri Desa Ria, PJS 15 dekat sini kelmarin, dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, setelah berpuas hati dengan keterangan lelaki berusia 31 tahun itu, dia dibebaskan semalam.
Menurutnya, hasil soal siasat, lelaki terbabit memberitahu dia hanya membuang detonator (alat peletup) itu di kawasan terbabit tanpa mempunyai niat untuk menakutkan orang awam.
"Kami telah bebaskan lelaki terbabit dengan jaminan polis setelah berpuas hati dengan keterangan yang diberikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kelmarin, polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai meledakkan bahan letupan di sebuah tapak pelupusan sampah berhampiran pangsapuri itu.
Penduduk pangsapuri berhampiran yang terkejut dengan bunyi letupan itu kemudiannya menghubungi pihak polis.
Hasil pemeriksaan polis di tempat kejadian menemui sejumlah 20 tiub detonator pelbagai saiz dipercayai ditinggalkan seorang lelaki.