timmisegera
Legendary Member

- Messages
- 18,647
- Joined
- Feb 4, 2014
- Messages
- 18,647
- Reaction score
- 3,114
- Points
- 261
http://aimanazahan.blogspot.com/201...html#!/2011/12/lelaki-kelantan-malas-hmm.html
Pada 16 Disember lepas, Aiman sekali lagi berpeluang mengikuti Kuliah Duha di Medan Ilmu, Kota Bharu. Penceramahnya memang tidak asing lagi iaitu Dato’ Nik Amar Abdullah yang merupakan Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan. Ceramahnya begitu santai dan tidak berat untuk diikuti. Dalam ceramah tersebut, beliau turut menyentuh perihal rakyat Kelantan yang berhijrah ke negeri lain untuk mencari rezeki. Isu penghijrahan rakyat Kelantan ini memang sudah lama menjadi modal politik BN. Kata mereka kemunduran negeri Kelantan menyebabkan rakyat Kelantan berhijrah ke negeri lain. (Terdapat puluhan hotel yang sudah dan akan dibuka di Kelantan, adakah itu satu kemunduran?)
Bagi menjawab tohmahan ini, Dato’ Nik Amar berkata perihal penghijrahan penduduk ke negeri lain berkait rapat dengan mobiliti masyarakat. Tidak hairan ada rakyat Kelantan yang mencari rezeki di negeri lain kerana rakyat negeri lain pun ada mencari makan di Kelantan. Beliau turut mendedahkan kepada umum bahawa bekas Perdana Menteri Singapura, Lim Kuan Yew ketika melawat Kelantan sangat terkejut apabila mendapati seorang tukang masak berbangsa Cina dari Ipoh datang ke Kelantan untuk bekerja. Lim Kuan Yew turut berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan Negeri Kelantan kerana meskipun ditadbir di bawah slogan Membangun Bersama Islam dan 90% populasi penduduknya berbangsa Melayu, tetapi bangsa Cina tetap dapat hidup dengan aman dan selesa. Orang Cina turut diberi peluang menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri, iaitu Dato’ Anuar Tan Abdullah.
Dato' Anuar Tan Abdullah
Beliau turut mengatakan bertanya, “kenapa Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan tidak bekerja di Pekan? Kenapa bekerja di Putrajaya? TPM pun sama, sebagai MP Pagoh kenapa tidak bekerja di Pagoh? Kenapa Putrajaya jadi tempat kerjanya? Ini menunjukkan Pekan, Pahang dan Pagoh, Johor tak ada peluang pekerjaan”..... haha, ceramah ADUN Panchor ini sememangnya sarat dengan humor politik. J
Ketika mengikuti ceramah tersebut juga, saya terlintas di fikiran tentang persoalan mengenai lelaki Kelantan yang dibagkitkan oleh seorang rakan dari UIA. Mungkin huraian Dato’ Amar itu mempunyai sedikit kaitan dengan persoalan yang dibangkitkan.
Ketika menyertai temasya sukan IPTIM di CFS IIUM selama seminggu sebagai sukarelawan, rakan Aiman itu ada mengatakan bahawa lelaki Kelantan malas. Pelik sungguh kata-katanya. Biasanya di mana-mana tempat yang Aiman pergi, orang luar sering memuji kesungguhan orang Kelantan yang keluar mencari rezeki di seluruh pelusuk negara. Tidak hairanlah ke mana-mana sahaja kita pergi, pasti akan berjumpa orang Kelantan yang menetap di luar demi mencari rezeki Allah yang berselerak di muka bumi Malaysia ini.
Rakan yang berkata demikian seorang pelajar perempuan dari Johor, negeri yang pemikiran siasahnya jauh berbeza dengan Kelantan. Tidak tahulah apa sebab yang dia katakan begitu. Ketika ditanya kenapa, jawabnya hanya kerana ibunya yang menyatakan demikian. Mungkin dia ni anak yang selalu mengiyakan kata-kata ibunya. Ketika berbincang dengannya tentang perkara ini, bukan main lagi dia tegaskan bahawa dia tak akan berkahwin dengan lelaki Kelantan. Dari nada percakapannya, mungkin sesuai jika saya katakan dia anti lelaki Kelantan.
Ada hal yang lebih pelik, kenapa dia katakan lelaki Kelantan sahaja? Kenapa tidak rumuskan rakyat Kelantan secara keseluruhannya merangkumi lelaki, wanita, anak-anak muda, warga emas dan kanak-kanak? Pelik sungguh. Tapi tak mengapalah. Jika itu pendapatnya, biarkan dia berpendapat sedemikian sebagai seorang pelajar perempuan dari Johor, bukan Kelantan.
Aiman tak pernah dengar lagi komen dari wanita Kelantan tetang betapa malasnya lelaki Kelantan yang menjadi suami mereka sehinggakan semua wanita Kelantan terpaksa keluar bekerja demi mencari sesuap nasi. Dalam keluarga Aiman, ayahlah yang bekerja manakala ibu menjadi surirumah sepenuh masa demi membantu ayah membangunkan rumah tangga yang kondusif semata-mata untuk membesarkan anak-anak secara positif. Ayah tak pernah lepas tangan dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga sebagaimana yang telah diamanahkan oleh Allah Taala.
Dalam konteks pentadbiran negara, seorang lelaki Kelantan yang cukup terkenal bernama Mustapha Mohamad telah dipilih menganggotai Kabinet sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, satu jawatan yang tidak boleh diberikan kepada orang biasa, mesti diberikan kepada mereka yang berkemampuan mendatangkan pelabur asing ke negara kita.
Datuk Seri Mustapha Mohamad
Adakah lelaki Kelantan malas sehingga tidak boleh dijadikan contoh kepada orang lain? Agak susah hendak jawab soalan itu sebenarnya. Tapi rasanya boleh dijawab dengan meletakkan gambar ini. Sila lihat di bawah:
Siapa tak kenal lelaki ini jawabnya status kewarganegaraannya perlu ditarik balik. Seperti yang semua tahu, namanya Nik Abdul Aziz Nik Mat dan lebih dikenali sebagai Tok Guru. Perkerjaannya adalah sebagai Menteri Besar Kelantan dan beliau bertanggungjawab menukar status Bandar Kota Bharu sebagai bandar biasa menjadi sebuah Bandar raya Islam. Beliaulah juga yang selama ini bersusah payah menegakkan hukum Allah di bumi Kelantan termasuk hudud walaupun ada sahaja yang mengkritik keras hasil usahanya. Beliau juga terkenal dengan slogan Membangun Bersama Islam. Pada masa kini, slogan terbabit sedang mengalir laju di setiap pembuluh darah rakyat Kelantan dan bersatu bersama darah daging semuanya.
Gambar di atas iaitu gambar suasana jual beli di Pasar Besar Siti Khadijah bukanlah bukti lelaki Kelantan malas. Memang semua orang sudah maklum, gambar tersebut merupakan lambang kesungguhan wanita Kelantan mencari rezeki melalui perniagaan yang merupakan 9/10 daripada cabang rezeki. Kalau ada yang bertanya, di mana lelaki Kelantan? Kenapa tidak tolong galas beban wanita yang berniaga di pasar besar ini? Jawapannya mudah dan senang, para lelaki sedang angkat barang demi memastikan para peniaga wanita boleh menjalankan perniagaan seperti biasa. Tak kanlah kaum wanita yang nak angkat barang yang berat-berat tu. Siapa tak sayang bini...hihiJ
Secara keseluruhannya, saya yakin tidak semua lelaki Kelantan yang malas. Jika kesemuanya malas, mengapa majoriti lelaki Kelantan mendominasi tempat mahasiswa di IPTA seluruh negara. Ini menunjukkan lelaki Kelantan tidaklah malas seperti yang dikatakan oleh rakan dari Johor itu.
Satu lagi faktor yang mungkin boleh dijadikan sebab kenapa rakan Aiman berkata demikian. Faktornya mungkin ada kaitan dengan siasah. Seperti yang kita tahu, politik Kelantan dan Johor memang jauh bezanya. Jika Kelantan kubu PAS, Johor pula kubu UMNO dan tempat asal bekas PM, Tun Hussein Onn, TPM Muhyidin Yasin dan Naib Presiden UMNO sekarang Hishammudin Hussein.
Persoalan tentang politik memang tak boleh dinafikan. Setiap ideologi yang tertanam dalam fikiran sesorang akan mencorakkan cara pemikirannya. Adakah ini sebab kenapa dia kata “lelaki Kelantan malas”? Adakah ini juga sebab kenapa ibunya melarang dia daripada berkahwin dengan lelaki Kelantan? Tak salah jika seseorang hendak melarang anaknya daripada berkahwin dengan lelaki Kelantan. Tambahan lagi jika pendapat itu datangnya dari seorang yang bergelar ibu. Sudah tentu ibu mahukan sesuatu yang terbaik untuk anak kesayangannya. Lebih-lebih lagi anak perempuan. Ibu mana yang sanggup melihat masa depan anaknya diletakkan di bahu orang yang salah.
Lelaki Kelantan malas? Hmm.. Aiman yakin setiap yang bergelar lelaki Kelantan ada sebab utuk bersetuju atau tidak.
Pandapat Aiman mudah saja, lelaki negeri lain tidak ada yang malas ke? Tulisan ini tidak bermaksud untuk mengatakan semua lelaki Kelantan rajin dan tidak malas, tapi bertujuan untuk membela lelaki Kelantan yang tak pernah putus asa dalam bekerja.
(Aiman juga diminta jawab soalannya kenapa lelaki Kelantan ‘hensem’? Jawabnya mudah saja, sebab mereka ambil wuduk dengan air AKSB yang dikatakan paling kotor oleh Utusan Meloya J)