BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki hampir maut dipatuk kepala ular sudah terputus

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,808
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,808
Reaction score
98
Points
80

Lelaki hampir maut dipatuk kepala ular sudah terputus​

3601463.webp

Mangsa juga mengalami gejala sistemik akibat bisa ular tedung itu. Foto Agensi

BEIJING - Seorang lelaki warga emas nyaris menemui ajal selepas dipatuk seekor ular tedung walaupun kepala reptilia itu telah terpisah dari badan kira-kira lima minit sebelum kejadian.

Ketika insiden yang berlaku pada Mei lalu, Zhang, 72, dilaporkan sedang memancing di kawasan tebing sungai yang terpencil tanpa menyedari dia telah memasuki habitat ular berbisa tersebut.

"Zhang cuba mengangkat kepala reptilia itu, namun ia mematuk tangannya secara tiba-tiba. Kepala ular yang terputus itu dipercayai masih mempunyai tindak balas saraf dan refleks semula jadi sehingga taring berbisanya berjaya menembusi tangannya," menurut laporan media tempatan.

Zhang memberitahu patukan itu terasa 'seperti terkena renjatan elektrik' dan ia terus menggigitnya selama beberapa minit.

Luka pada tangannya bertukar kehitaman dan membengkak. Dalam tempoh kurang 20 minit, Zhang mula mengalami sesak dada, penglihatan kabur, loya dan muntah.

Selepas menerima rawatan kecemasan awal, dia dipindahkan ke sebuah hospital lain di Zhejiang untuk rawatan lanjut.

Setibanya di hospital, bahagian lengan kirinya dilaporkan membengkak teruk dari ibu jari hingga ke bahu. Kulit di sekitar tempat luka turut bertukar hitam, mengalami nekrosis dan terasa panas apabila disentuh.

Mangsa juga mengalami gejala sistemik akibat bisa ular tedung itu. Doktor akhirnya menjalankan pembedahan sebelum racun menyebabkan kerosakan tisu yang tidak dapat dipulihkan.

Dua bulan selepas menerima rawatan, tangan kiri Zhang akhirnya berjaya diselamatkan. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register