BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki ditemui rentung dalam limosin

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
04/07/2009 3:40pm


KUALA LUMPUR 4 Julai — Seorang lelaki ditemui rentung dalam sebuah limosin yang terbakar di tempat letak kereta Pangsapuri Skyvilla, Serdang Jaya dekat sini, pagi tadi. Kejadian disedari pengawal keselamatan pangsapuri berkenaan apabila ternampak kepulan asap pada kereta itu melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan terdengar bunyi letupan kira-kira 6.45 pagi.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata mangsa dipercayai sedang tidur dan pemeriksaan awal polis tidak mendapati adanya unsur jenayah pada mangsa.

“Kita masih menyiasat punca kebakaran dan menunggu laporan perubatan penuh daripada pihak hospital berhubung kes ini.

“Kita belum pasti sama ada mangsa dibunuh kerana tiada kesan mangsa diikat ataupun kesan minyak petrol ditemui,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah Kejohanan Larian Merentas Desa Kontijen Selangor 2009 anjuran Ibu Pejabat Polis daerah Ampang di Kampung Kemensah, Hulu Klang dekat sini, hari ini.

Khalid berkata identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan polis sedang berusaha mengesan waris mangsa.

“Kita percaya mangsa adalah pemandu limosin berkenaan kerana dia ditemui ditempat duduk pemandu,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register