BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki ditahan selepas rakaman kes gaduh tular di media sosial

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201


Lelaki ditahan selepas rakaman kes gaduh tular di media sosial

KUCHING, 16 Jun: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang terlibat dalam satu insiden pergaduhan di tempat awam yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Polis (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan dibuat susulan satu video berdurasi 33 saat yang memaparkan suspek menolak dan memarahi seorang lelaki lain berusia 57 tahun di tepi jalan kawasan Jalan Patingan, di sini.

“Hasil siasatan awal, suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut. Semakan lanjut juga mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau.

“Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas suspek didapati negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan, masing-masing atas kesalahan mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.

Jika disabitkan kesalahan, Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, manakala Seksyen 506 membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Polis turut mengalu-alukan kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mancha Gubak di talian 013-5958260 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel⚡TVS
 
Back
Top
Log in Register