BTC USD 79,776.2 Gold USD 2,685.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

:: Lelaki dan kereta ::

Sponsored Post

YOU are what you drive. Begitulah persepsi umum setiap kali lelaki mahu membeli kereta. Biar solo mahupun berkeluarga, seboleh-bolehnya lelaki mahu memilih kereta yang memenuhi kehendak diri. Ini kerana akhirnya, keretalah yang menggambarkan karektor peribadi.

Pilihan kereta lelaki

# Lelaki berjiwa romantis
LELAKI romantis cenderung memilih kereta berprestasi sederhana dan tidaklah terlalu mementingkan soal had laju atau kemampuan memecut. Bagi lelaki romantis, lebih lama berada dengan si dia di dalam kereta yang dipandu, lebih baik.

Sudah pasti kereta yang menjadi pilihan utama lelaki penyayang ialah dari jenis convertible atau bumbung yang boleh dibuka secara automatik.

Bayangkan, membawa si dia menikmati pemandangan malam dengan bumbung terbuka? Cukup romantik! Selain itu, lelaki romantis juga cenderung memiliki kereta vintaj. Kereta vintaj memberi aura tersendiri dan jika memandu bersama kekasih pada hari minggu, keseronokannya tentu berbeza!


# Lelaki eksekutif dan berkedudukan baik dalam profesion.
Lelaki yang memiliki kerjaya baik cenderung memilih kereta yang memenuhi keinginan peribadinya. Bermula mungkin dengan memiliki kereta terpakai pada awal kerjaya, lelaki eksekutif dan berkerjaya tentu mahukan kereta lebih baik dan sesuai dengan status diri serta profesion yang disandang.

Mungkin selepas bekerja keras selama 10 tahun selepas tamat pengajian pada usia 25 tahun, lelaki berusia 35 tahun ke atas mahu memiliki kereta idaman hasil penat lelah bekerja serta mencapai status baik dalam hidup.

Jika di Malaysia, jenama kereta Honda, Mazda atau Toyota mungkin menjadi pilihan lelaki dari kumpulan ini. Tidak kurang juga ada lelaki mahu memiliki kereta tempatan seperti Proton Perdana yang mencerminkan imej eksekutif dan mewah.

p/s: admin lau thread ni dh ade, tlg delete ek..:D

oh lelaki & kereta idaman pilihan hati ku...:)):)):))
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register