BTC USD 62,775.4 Gold USD 4,336.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki bogel luar bilik hotel

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_gal3

PENGUNJUNG hotel terkejut melihat lelaki bogel di lobi.


Lain kali, apabila anda mahu keluar dari bilik hotel, sesuatu yang perlu anda ingat ialah: Jangan sesekali melakukannya tanpa pakaian di badan.

Rakaman video seorang lelaki yang tersilap langkah itu kini muncul di YouTube dan menjadi tontonan ramai.


Melalui rakaman kamera litar tertutup berkenaan, lelaki tidak dikenali itu dilihat meletakkan dulang berisi sisa makanan di luar biliknya tanpa berpakaian.

Disebabkan terleka, pintu bilik hotel itu tertutup sendiri dan dia tidak memiliki kunci untuk membukanya. Dalam keadaan bogel, lelaki terbabit merayau ke sana-sini di sekitar hotel sambil cuba pergi ke kaunter penyambut tetamu.


Tanpa sesuatu untuk melindungi kemaluannya, dia cuma bergantung kepada dulang makanan yang menjadi punca masalahnya sementara dia berjalan mencari penyelamat.


Namun, sebelum sampai ke kaunter penyambut tetamu, lelaki terbabit terpaksa berdepan dengan ramai pelawat hotel berkenaan.


Seorang ibu dan anak lelakinya pula terpaksa berkongsi lif dengan lelaki terbabit dan reaksi mereka ternyata kurang menyenangkan. Walaupun amat terdesak, lelaki malang itu masih terpaksa bersusah-payah mendapatkan bantuan daripada petugas di situ kerana mereka tetap mahukan dia menunjukkan kad pengenalan sebagai pengesahan sebelum kunci baru diberikan.


Sehingga semalam, rakaman video itu ditonton lebih 50,000 kali. Bagaimanapun, sebahagian besar penonton curiga terhadap kesahihan insiden itu dan yakin, ia dirancang lebih awal. - Daily Mail




SUMBER:http://www.hmetro.com.my/articles/Lelakibogelluarbilikhotel/Article
 
ada ni aritu..haha siap receptionist mtk driver license mana die ada
 
tak pasal jadi glamour kat youtube...
 
pernah jadi mcm nie

tapi den tak bogel laa :))
 
Hotel_M_1680791a.jpg

Despair ... moment the naked guest realises he's left his key behind

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
 
tragedi yang memalukan betul.
 
adakah patut receptionist minta ic, pergilah cek bilik orang tu dan bagilah sehelai tuala... agak-agaklah... macam dirancang ja....
 
aku pernah jadi mcm ni.. tpi nasib baik pakai baju.. ingat keluar sat nak buang habuk rokok kat tong sampah luar bilik pasal dah full tiba2 pintu tertutup lak... aku masa tu pakai baju tido yg belang, org kata mcm banduan jer.. hehehee :D
 
Back
Top
Log in Register