BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki bermata kamera seperti Terminator

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
Rob-Spence-Eyeborg.jpg


TORONTO - Mata bercahaya merah seperti watak Terminator kini bukan lagi hanya boleh ditemui di dalam filem Hollywood apabila seorang pembuat filem dokumentari menukar mata palsunya kepada kamera video kecil.

Rob Spence dari Toronto, Kanada mampu merakam apa yang dilihat melalui mata kanannya melalui peranti mini berukuran sembilan milimeter dilengkapi kamera video, pemancar tanpa wayar dan bateri yang dimasukkan ke dalam soket mata.

Alat itu tidak disambungkan kepada otak Spence dan juga tidak mengembalikan penglihatannya yang hilang akibat kemalangan semasa kecil tetapi mampu menghantar video masa sebenar kepada komputer bimbit.

Penghasilan peranti unik itu sebelum ini mendapat perhatian dunia apabila ia dinamakan oleh majalah Time sebagai antara 50 ciptaan terbaik di dunia pada 2009.
Jawatan Kosong
 
xde gambar dekat k perantinya...hebat!!
 
Best..walaupun pekara mcm ni direct bgtau dia tak sempurna ....

Tapi kira menarik laa...

Mandi nak kena bukak laa...water-proof nyer kamera ke?
 
Back
Top
Log in Register