BTC USD 61,649.4 Gold USD 4,222.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki bakar al-Quran dibebaskan

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
COLMAR, Perancis 26 Okt. - Sebuah mahkamah rayuan semalam mengesahkan pembebasan seorang lelaki Perancis yang didakwa menghasut kebencian kaum menerusi rakaman video yang disiarkan di Internet menunjukkan tindakannya membakar al-Quran.

Lelaki itu, Ernesto Rojas Abbate, 31, ditahan Oktober tahun lalu selepas menyiarkan rakaman tersebut termasuk rakaman dia kencing pada abu helaian al-Quran yang dibakarnya itu.

Terdahulu, pendakwa raya yang menuntut mahkamah menangguhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda 1,000 euro (RM4,350) mengemukakan rayuan selepas mahkamah membebaskan Abbate, Mei lalu.

Dalam rakaman video terbabit, Abbate yang menetap di Strasbourg menggunakan beberapa muka surat al-Quran untuk menggambarkan peristiwa serangan 11 September 2001 di New York.

Dia menghasilkan kapal terbang kertas daripada helaian al-Quran dan kemudiannya mencampakkan kapal terbang kertas itu ke arah dua gelas yang menyerupai bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC). - AFP
 
Bayar denda = bebas.
Lepas ni dia buat lagi.
Kasi la duduk dalam tirai besi setahun dua.
:(scam:(scam:(scam:(scam
 
sng2 jer dpt kuar..
b0do punye hakim..
 
Back
Top
Log in Register