BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki ateis mahu bertaubat

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


JAKARTA - Seorang pengguna laman sosial, Facebook yang sebelum ini mencetuskan kemarahan orang Islam di Indonesia kerana tidak percaya dengan kewujudan Tuhan mungkin bakal berhadapan dengan dakwaan baru, menurut polis, semalam.

Ketua Polis Dharmasraya, Chairul Aziz berkata, Alexander Aan, 31, dituduh memalsukan dokumen kerana mengaku dirinya sebagai orang Islam semasa dia memohon jawatan sebagai penjawat awam.

Akhbar dalam talian, Padang Ekspres turut mendedahkan semasa Alexander disoal siasat polis, pemilik akaun ‘Ateis Minang’ itu telah menyatakan hasratnya untuk memeluk agama Islam dan menolak kepercayaan Ateisme.

“Dia mahu memeluk agama Islam dan bertaubat tetapi kami masih belum dapat memastikan bila dia akan melaksanakan perkara tersebut,” menurutnya.

Chairul berkata lagi, walaupun Alexander sudah insaf dan ingin bertaubat, dia tetap akan didakwa kerana menghina agama dan bakal berhadapan hukuman lima tahun penjara jika didapati bersalah.

Sebelum ini, Majlis Ulama Indonesia (Mui) mendakwa Alexander telah mencemari kesucian agama Islam dengan menggunakan beberapa ayat dari Al-Quran untuk menolak kewujudan Tuhan yang dipaparkan menerusi halaman Facebook miliknya.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/global/lelaki-ateis-mahu-bertaubat-1.21248
 
bertaubat la selagi pintu taubat masih terbuka..
 
teringat kat abam angry_cat..bila nak tobat..heeeee
 
harap dia benar2 nak taubat.. bukan sebab hal dunia dia nak taubat
 
Kat Malaysia ada ramai jugak atheist duk ngutuk islam kat fb.
 
semoga die bertaubat...
 
Back
Top
Log in Register