BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki ajar singa berburu

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg

Kisah Valentin Gruener mengajar Sirga berburu, didokumentarikan dalam kisah bertajuk Lionheart. – AGENSI


GABORONE 26 Jan. – Seekor singa bernama Sirga yang meraih populariti apabila klip rakamannya bersahabat dengan seorang lelaki Jerman yang tersebar di YouTube pada tahun lalu, kini mula belajar cara memburu dengan penjaganya itu.


Portal berita Mail Online melaporkan, video yang menceritakan bagaimana aktivis alam sekitar, Valentin Gruener membesarkan singa itu daripada kecil selepas menyelamatkannya di Botswana selain aksi Sirga ‘memeluk’ Gruener itu, kini ditonton hampir 15 juta kali di YouTube.

Gruener, 27, yang bekerja untuk Projek Hidupan Liar Modisa kini membahagikan masanya untuk membantu Sirga supaya lebih berdikari terutama untuk mencari makanan di hutan Afrika.

“Sirga belajar untuk bersabar, mengendap dan menyerang mangsanya. Saat ketika Sirga membawa binatang pertama yang berjaya diburunya, merupakan hari yang amat menakjubkan dalam hidup saya.

“Hal ini kerana saya sedar satu hari nanti Sirga akan mampu berdikari sendiri,’’ katanya.

Gruener menjelaskan, dia amat berterima kasih dengan pemilik ladang Grassland di Kalahari, Willie De Graaff yang memberinya peluang untuk memelihara Sirga.

Katanya, dia kini memenuhi cita-citanya sejak kecil iaitu hidup bersama dengan kawanan singa liar di Afrika.

Kisah Gruener membesarkan dan mengajar Sirga turut dijadikan dokumentari berjudul Lionheart yang akan diterbitkan pada tahun ini.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lelaki-ajar-singa-berburu-1.52890#sthash.Ij4hWDho.dpuf
 
Satu kali dia ngap.. kepala ko hilang.. ish ish ish
 
apsal tak namakan Singa je dah dekat dh tu
 
Ingatkan semua singa ada jamban.macam harimau plak kalau x de jamban.
 
Back
Top
Log in Register