BTC USD 60,762.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lee Chong Wei kalah lagiii

donaldduck

Active+ Member
Messages
3,748
Joined
Jan 11, 2010
Messages
3,748
Reaction score
60
Points
30
articleslee_chong_wei_12082013_600_382_100.jpeg


20131026-2007-frenchopen2013-cn2q5304.jpg


9373__320x240_20131026-2008-frenchopen2013-cn2q5308.jpg


KUALA LUMPUR – Impian jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei untuk mara ke final Terbuka Perancis di Stadium Pierre De Coubertin, Paris diranapkan pemain perseorangan Jepun Kenichi Tago.

Dalam perlawanan separuh akhir awal pagi ini waktu Malaysia, Tago menewaskan Chong Wei 17-21, 21-16, 21-12 dalam masa 61 minit, demikian menurut laman web kejohanan www.yonexifb.com.
Tago akan menentang Jan O Jorgensen dari Denmark pada final yang bermula 8 malam ini waktu Malaysia.

Sementara itu, beregu utama negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong terpaksa berkerja keras untuk mengenepikan rakan sepasukan Hoon Thien How/Tan Wee Kiong dengan 21-19, 15-21, 21-18 dalam masa 57 minit.

Menanti Kien Keat/Boon Heong di final ialah Gideon Markus Fernaldi/Markis Kido dari Indonesia yang menundukkan Liu Xiaolong/Qiu Zihan dari China 16-21, 21-19, 21-14 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. – BERNAMA
 
Last edited:
sian chongwei... sudah2 la tu... gantung raket, cari pelapis.

full time jadi jurulatih pun ok.
 
da sampai waktu merundum dia la plak..
boleh da bersara ni...
 
baik berundur semase masih ade sinar hehe
 
Kekadang menang..kekadang kalah..biasa la adat permainan..

Selepas 15 kali bertemu..akhirnya berjaya juga tago menewaskan chong wei..
 
prestasi LCW merosot selepas tercium bau hangett.. oo OOo
 
tahniah tago :D
 
Back
Top
Log in Register