BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 75,000 Mesin Perlombongan Kripto Dirampas Sejak 2022 - KDN

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,778
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,778
Reaction score
289
Points
146

Lebih 75,000 Mesin Perlombongan Kripto Dirampas Sejak 2022 - KDN​

c9123198ec59a243ccf2e446a1f5a5db6a4dd41d8e5fe

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menjawab soalan pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

Sebanyak 75,578 mesin perlombongan mata wang kripto  dirampas dalam 3,049 serbuan di seluruh negara bagi tempoh 2022 hingga Mei 2026.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata sebanyak 629 tangkapan turut dibuat hasil operasi yang dijalankan secara bersepadu membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi berkaitan.

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh strategi penguatkuasaan menerusi kerjasama strategik dengan pelbagai agensi termasuk TNB di samping meningkatkan keupayaan risikan dan penggunaan teknologi bagi mengesan lokasi berisiko sebelum operasi dijalankan.

“Ini penting bagi memastikan tindakan kita lebih pantas dan tepat,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) mengenai  pemantauan aktiviti perlombongan mata wang kripto secara haram termasuk jumlah kerugian TNB.

Shamsul Anuar berkata kegiatan perlombongan mata wang kripto haram terus berlaku berikutan permintaan terhadap aset digital itu masih tinggi selain turun naik nilainya yang dilihat mampu memberikan pulangan lumayan kepada sindiket.

Bagaimanapun, katanya, faktor keuntungan tidak boleh dijadikan alasan untuk menjalankan aktiviti yang melanggar undang-undang, khususnya membabitkan penyambungan bekalan elektrik secara haram bagi mengurangkan kos operasi.

“Mata wang kripto di Malaysia adalah sah untuk dimiliki dan didagangkan namun tidak diiktiraf sebagai mata wang yang sah.

“Aktiviti perlombongan mata wang kripto menjadi kesalahan apabila melibatkan penyambungan elektrik secara haram, pengubahsuaian meter, pencerobohan sistem bekalan elektrik atau operasi tanpa lesen,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register