BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lawan 3 calon misteri

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836
Jawatan HPD: Razif, Kim Hock kena tunggu dulu

TIGA calon misteri kini menjadi ancaman kepada dua bekas pakar beregu – Razif Sidek dan Yap Kim Hock – yang disifatkan calon terbaik mengisi jawatan kerusi panas Pengarah Prestasi Tinggi (HPD) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dikosongkan Datuk James Selvaraj.

Ketika Razif dan Kim Hock sudah menghadap panel pemilihan ditubuhkan BAM untuk ditemuduga semalam, tetapi tiga calon misteri terbabit tampak mendapat layanan ‘istimewa’ apabila mereka hanya dijadualkan ditemuduga dalam minggu ini.

Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai yang mengetuai panel pemilihan itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti dan latar belakang tiga calon terbabit tetapi mengesahkan mereka adalah lima individu disenarai pendekkan bersama Razif dan Kim Hock mengisi jawatan itu.

“Kita menerima 19 permohonan dan daripada jumlah itu, kita membuat tapisan dan menyenarai pendekkan lima calon untuk ditemuduga. Pada hari ini (semalam), kita sudah menemuduga Razif dan Kim Hock dan tiga lagi calon akan ditemuduga dalam minggu ini.

“Soal siapa tiga calon terbabit, saya tidak boleh dedahkan identiti mereka tetapi saya harap kita dapat mengemukakan ringkasan daripada temu duga yang dijalankan dalam mesyuarat Exco untuk memutuskan calon terbaik mengisi jawatan berkenaan pada pertengahan bulan ini,” katanya.

Sementara itu, Razif dan Kim Hock yang ditemui selepas ditemuduga melahirkan keyakinan masing-masing untuk mengisi jawatan berkenaan tetapi daripada segi penampilan Razif tampak lebih memikat berbanding Kim Hock yang hanya datang memakai t-shirt dan seluar jeans.

Razif yang memenangi gangsa bersama adiknya, Jalani pada Sukan Olimpik 1992 dan pernah menjadi ketua jurulatih skuad negara pada 1994 hingga 1996 menegaskan dia memohon jawatan itu bagi membantu BAM mengembalikan semula kegemilangan badminton negara.

“Andai saya dilantik, saya mempunyai tiga misi utama iaitu memastikan kita kembali memenangi Piala Thomas selepas kali terakhir dimenangi pada 1992, memenangi emas di Sukan Olimpik dan menjuarai Kejohanan Dunia yang belum pernah dimenangi pemain negara,” katanya.
 
razif terbaik, tapi jika masih wujud birokrasi dalam pemilihan, bermakna razif harus melupakan niat murni tersebut
 
from China jadi pengarah....haahahaha baru BAM
 
dgr kata salah satu syarat kena ada ijazah sains sukan...tp razif & kim hock xde....dgr kata calon dari singapore tu lebih layak....xtau la...
 
dgr kata salah satu syarat kena ada ijazah sains sukan...tp razif & kim hock xde....dgr kata calon dari singapore tu lebih layak....xtau la...

aku benci bila sesuatu jawatan diberi sbb kertas sijil:(scam
kalo ade kertas sijil buat keje fail xguna
pada aku pengalaman dan kebijaksanaan yang penting:)paid
 
Back
Top
Log in Register