BTC USD 85,624.5 Gold USD 4,169.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

** lawak telinga **

wangmai2u

Active Member
Messages
1,564
Joined
Oct 19, 2009
Messages
1,564
Reaction score
91
Points
30
Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun kekurangan dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah dan sensitif kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik.

Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".

"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.

Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".

"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.

Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan merasa makin terhina dan berang lalu menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank.

Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya. Tuan pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.

Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

"Bagaimana awak tahu" tanya Johan lagi.

Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,

"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana".

Hohoho..:eek::eek::eek:


p/s: Cerita hanya rekaan tiada kene mengena dengan yg idup atau
yg dah mati..
 
pelik aku.. aku yang baru post xsampai 300 dah baca kat cg ni banyak kali dah.. tapi TT yang dah post 1k lebih xkan xperasan lawak ni dah keluar...
:-?:-?:-?
 
pelik aku.. aku yang baru post xsampai 300 dah baca kat cg ni banyak kali dah.. tapi TT yang dah post 1k lebih xkan xperasan lawak ni dah keluar...
:-?:-?:-?

TT nak refresh balik je tu....:eek::eek::eek:
 
nak angkat tak...nak angkat tak...nak angkat tak.... nak angkat.... :))
Astrok Awaniiiii..... :(scam
 
Back
Top
Log in Register