BTC USD 81,371.6 Gold USD 4,024.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Latihan urut pelancong

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Pengusaha program penginapan desa atau homestay di seluruh negara kini diberikan latihan refleksologi atau urutan tapak kaki sebagai usaha terbaru kerajaan menarik lebih ramai pelancong asing menginap di rumah penduduk ketika melancong di negara ini.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata penekanan kepada sektor pelancongan kesihatan di negara ini memberi peluang kepada pengusaha homestay menjadikan khidmat refleksologi sebagai satu tarikan pelacong.

“Selaras slogan pelancongan negara di peringkat antarabangsa iaitu ‘Malaysia Truly Asia’, kita perlu membuktikan kepada pelancong asing Malaysia mampu menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan kesihatan seperti ditawarkan negara Asia lain.

“Seperti refleksologi, walaupun amalan ini bermula sejak zaman purbakala China dan India, namun dengan pendedahan serta latihan pengusaha homestay mampu menawarkan perkhidmatan ini di tempat mereka,” katanya pada majlis perasmian Program Perintis Latihan Refleksologi Bertauliah di Homestay Seterpa, Pasir Putih, Kelantan, kelmarin.

Menurut Dr Ng, sektor perubatan yang berkaitan industri pelancongan kesihatan turut menjadi keutamaan pada Bajet 2010 bertujuan menjadikan negara sebagai penyedia penjagaan perkhidmatan kesihatan berkelas dunia.

“Konsep pelancongan kesihatan bukan hanya terhad kepada rawatan perubatan, pergigian dan pembedahan tetapi merangkumi promosi kesihatan dan pemulihan.

“Ini termasuk aktiviti luar yang menyeronokkan seperti mengayuh basikal, golf serta perkhidmatan spa, sauna dan refleksologi,” katanya.

“Oleh itu, pengusaha homestay harus berazam merebut peluang untuk bersaing dalam industri ini bagi menjayakan sektor pelancongan kesihatan,” katanya.

Dr Ng berkata, kaedah refleksologi terbukti mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk sakit belakang, kecederaan, gangguan pencernaan dan tekanan, migrain serta masalah tidur.

“Walaupun peserta tidak mempunyai latar belakang dalam bidang ini, kemahiran dan ilmu pengetahuan yang diajar membolehkan mereka menubuhkan perkhidmatan urut refleksologi sendiri.

“Ini sekali gus memberi nilai tambahan kepada perniagaan yang mereka jalankan di samping menambahkan pendapatan,” katanya sewaktu merasmikan kursus lima hari itu.
 
Back
Top
Log in Register