wanzex
CG Top Poster Club

- Messages
- 35,552
- Joined
- Jul 12, 2006
- Messages
- 35,552
- Reaction score
- 1,107
- Points
- 191
NAMA kartunis terkenal tanah air, Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat sudah masyhur bukan saja di dalam negara, bahkan di peringkat antarabangsa.
Dilahirkan pada 5 Mac 1951 di Perak Darul Ridzuan, Lat seperti yang semua orang kenal, memulakan karier lukisan kartun seawal usia sembilan tahun dengan sebuah komik berjudul Tiga Sekawan.
Kejayaan Lat melakar nama di peringkat dunia diteruskan baru-baru ini menerusi pelancaran buku The Kampung Boy versi Jerman di Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt, Jerman.
Dan sebagai merakamkan detik-detik manis itu, program Majalah 3 berkesempatan ke sana membuat liputan eksklusif mengenai pelancarannya.
The Kampung Boy yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1979 itu diterjemah kepada bahasa Jerman oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kerjasama syarikat penerbitan Jerman, Horlemann Verlag.
Buku yang telah diterjemahkan kepada sembilan bahasa itu mengisahkan kehidupan kanak-kanak Melayu yang membesar di kampung.
Selain menerapkan nilai kekeluargaan dan persahabatan, ia memperkenalkan cara hidup masyarakat Malaysia yang kaya dengan adat dan budaya.
"Ketika berkunjung ke Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1977, tidak ramai orang AS tahu di mana Malaysia.
"Mereka beranggapan ia terletak di Alaska. Oleh kerana itu saya berazam untuk menghasilkan sebuah buku yang menceritakan kehidupan di negara kita.
"The Kampung Boy mempunyai potensi untuk membuka minda dan mata orang asing mahupun rakyat kita sendiri untuk mengenali budaya dan cara hidup yang unik, malahan elemen komedi dan mesej positif mengenai ikatan kekeluargaan," kata Lat .
Wartawan siaran Majalah 3 yang ditugaskan membuta liputan pelancaran buku berkenaan, Irin Putri Azmi berpeluang meninjau penerimaan masyarakat Jerman terhadap karya Lat.
Semua ini dapat ditonton menerusi Majalah 3 yang akan bersiaran malam ini bermula pukul 9 malam di TV3.