BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lasik (Laser Eye Surgery). Ada recommendations?

Berapa Ramai Warga Carigold Ada Masalah Mata


  • Total voters
    0
aku buat lasik rabun jauh power 600 kat HUKM..dah macam superman dah sekarang hehe

1. Recommended medical center
HUKM Lasik

2. Price
RM3000 (RM1500 untuk satu mata) buat dua-dua mata terus
Ok dah rege nih

3. Lokasi
Kat HUKM

4. Current promotion dari med center
Sebut nama aku mesti dapat layanan baik sebab aku bekas pesakit diorang hehe
PM aku nama ko nant aku nak seru kat doktor tu

5. Jenis-jenis surgery yang ada. i.e Lasik, Lasek, iLasik, iContact Lens etc.
Lasik- ko akan lalui proses check up dahulu lebih kurang seminggu atau dua minggu..aku lupelah..dia akan beri nasihat dan pandangan kesan yang akan ko hadapi nanti
Jangka masa keseluruhan proses bermula dari check up sampai jadi mata superman baper lama?

6. Cerita sebelum dan selepas surgery
Sebelum surgery aku pakai spek power 600,nak main bola pun tak best..nak berenang lagilah menyusahkan..Selepas,semua bende yg aku terhalang nak main aku dah boleh main.

7. Tips
Pastikan power spek maintain dalam 3bulan gitu..jangan amik ubat2 yg ada kaitan mata,ikut nasihat pakar Lasik..lepas lasik pakai kanta penutup mata..bila keluar pakai spek hitam..aku pakai spek hitam dekat 2 bulan walaupun sebenarnya dah baik..banyakkan makan-makanan yg berkaitan untuk mata...jangan makan bende2 gatal nanti gatal mata baru tau..

Masa tengah laser jangan gerak2kan badan,ikut je cakap doktor kat situ..aku ada tergerak sikit..mata kiri aku lambat baik nasih baik tak buta heheh Alhamdulillah

Aku tak pakai spek. Ubatan utk mata pun takde consume.
  • Baper lama kene tembak laser untuk satu mata?
  • Ko sedar ke masa operations?

8. Pengalaman suka dan duka
Bawa gf/isteri anda untuk temankan masa laser tu...Sebab nanti kita akan jadi jakun sebab dapat tengok semua dengan jelas lepas 15minit lasir..time tullah gf/isteri korang akan sangat perihatin kat korang
ni yang best nih
pastu kawan gf aku pun try,siap bagitau nama aku pastu dah baik dah.power pun sama 600 keatas
ada contact person (doktor) tak?
 
Seingat akulah dulu aku diberi pilihan untuk dua jenis laser..tak ingat namanya..

1.Lasik A hasilnya akan dapat Super Vision..
2.Lasik B hasilnya akan dapat Normal Vision..

aku amik Lasik B je sebab Lasik A mahal sangat
HUKM ader dua2 tu kan?
Apa beza A & B?
baper cost Lasik A?
 
ada contact person (doktor) tak?

Nama diorang akan check dalam senarai pesakit dia nanti.

Jangka masa keseluruhan proses bermula dari check up sampai jadi mata superman baper lama?
Dalam 3 minggu jugalah..minggu pertama dia nak tgk keadaan mata ko dulu..dia akan check dulu sama ada ko boleh atau tak untuk laser ni.

* Baper lama kene tembak laser untuk satu mata?
* Ko sedar ke masa operations?


Satu mata dalam 2 minit gitu,ko akan rasa seperti bau terbakar huhu.Yup aku sedar tapi mata sudah diberikan bius dan ko takkan terasa apa2 dan ko takkan terkelip sebab kelopak mata ko ditahan oleh besi khas.
Lasik.jpg


gambar ni memang betul,selaput dipotong kerana tu lepas laser tak boleh main lasak2..berenang semua..sebab kita tunggu dia melekat betul2 kembali.

Contact doctor tu aku tak ingatlah
Tak ingatlah,orangnye lembut2 hehehe..nanti aku cuba tanya balik HUKM siapa doktor yg rawat aku dulu tu.Aku pun dah dekat setahun tak checkup balik sebab dah pindah JB,sepatutnya aku kene checkup every year bila dah habis buat check untuk selang2 bulan dalam setahun

2 jenis laser tu..memang aku tak ingatlah..nanti ko tanyalah doktor kat situ option untuk laser..ada berapa jenis...tapi dari yg aku baca ko rabun dekat so aku tak tahu sama ada option yg diberikan sama dengan aku ke tak..

apa yg penting aku happy dgn mata aku sekarang.Alhamdulillah sebab hampir 15 tahun pakai spek
Lagi satu untuk kes aku silau aku tak baik sepenuhnya..tapi try pakai spek hitamlah dan power ada sikit tinggal 50,diorang kata tu normal..tak kisahlah janji tak pakai spek

Complication?
Aku tak sure sama ada apa yg aku hadapi sekarang ni disebabkan lasik atau sebab lain(banyak menangis ada kes tertentu),mata aku kering dan selalu terkebil-kebil..aku kene pakai eye lotion untuk kurangkan masalah ni..
 
aku pun pernah dengar pasal lasik ni.. tapi tak berhajat nak buat.. seram sejuk tengok mata kena laser.. huhuhhuh.. rela aku pakai cermin mata..
 
tenkiu... banyak info ko bagi tu.. aku hargai :)

Tapi bab silau tu yang tak syok.

Aku pernah ada kes kene ulcer mata kanan. Yang ni aku kene tanya doktor tu dulu samada boleh buat lasik atau tak
 
aku pun pernah dengar pasal lasik ni.. tapi tak berhajat nak buat.. seram sejuk tengok mata kena laser.. huhuhhuh.. rela aku pakai cermin mata..

ko akan jadi tak rela apabila ko ada kelebihan membuat sesuatu tetapi terhalang kerana spek mata ko tu nanti:D
 
tenkiu... banyak info ko bagi tu.. aku hargai :)

Tapi bab silau tu yang tak syok.

Aku pernah ada kes kene ulcer mata kanan. Yang ni aku kene tanya doktor tu dulu samada boleh buat lasik atau tak

aku pun macam ko gak..excited..forum cari tu ada gak user yg berpengalaman dengan lasik ni...tu yg aku memberanikan diri bila dah ada duit..apa2 pun kene consult dengan doktor dulu sama ada dia benarkan atau tak..diorang takkan laser mata ko sesuka hati je
 
Back
Top
Log in Register