hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,556
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,556
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Lashvinii bangga sertai Askar Wataniah
Pekan: "Impian saya selepas ini ialah terus berkhidmat sebagai anggota Kor Polis Tentera Diraja sekali gus mencapai cita-cita sejak kecil," kata N Lashvinii, 23.
Lashvinii berkata, pengalaman dua tahun setengah di dalam Rejimen 505 Askar Wataniah menguatkan lagi semangatnya untuk berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) suatu hari nanti.
Katanya, dia tidak pernah menyesal memilih menganggotai Askar Wataniah yang disifatkan berjaya mencetuskan semangat cinta dan sayangkan negara.
"Setiap kali menyarung seragam Rejimen 505 Askar Wataniah, saya akan berasa megah dan bangga. Malah setiap kali mengikuti latihan kawat dan pertempuran bersama rakan, saya tidak pernah berasa disisihkan," katanya pada Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen 505 Askar Wataniah dan Pembukaan Latihan Tahun 2025 di Kem Force 136 di Sungai Miang, di sini, kelmarin.
Lebih bermakna pada majlis itu, Lashvinii dipakaikan pangkat Lans Koperal.
Menurut bekas pelajar Politeknik Muadzam Shah, Rompin itu, minatnya menyertai menganggotai Askar Wataniah mendedahkan dirinya terhadap latihan ketenteraan yang menguji ketahanan fizikal dan mental.
Lashvinii berkata, cabaran getir yang perlu hadapi kini ialah memberi kefahaman pada keluarga terhadap minatnya kerana hingga kini mereka masih tidak merestui cita-citanya untuk bertugas sebagai anggota tentera.
Katanya, sebelum ini dia pernah menyuarakan pada ibunya impian untuk bertugas dalam ATM, namun ibunya tidak bersetuju dengan alasan wanita tidak sesuai menganggotai pasukan beruniform terutama dalam tentera.
"Sepanjang menganggotai Askar Wataniah saya pernah muncul penembak terbaik pada kursus asas perajurit muda siri 1/2023, pencapaian berkenaan begitu bermakna buat saya sebagai anggota Askar Wataniah.
"Saya tidak pernah menyesal menganggotai Askar Wataniah walaupun terpaksa berkorban tenaga dan masa, saya berharap lebih ramai lagi golongan remaja menyertai pasukan beruniform seperti Askar Wataniah," katanya yang berasal dari Klang, Selangor.
Sementara itu, Ketua Kompeni Alpha Batalion Pertama Rejimen 505 Askar Wataniah, Mejar Hazami Che Hussin berkata, terdapat 85 anggota Rejimen 505 Askar Wataniah berbangsa Cina, India dan Orang Asli.
"Kita sentiasa berusaha menambah anggota semua bangsa setiap tahun, golongan remaja perlu tampil berbakti untuk negara," katanya.
Kredit