eboss
CG Hardcore


- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
MIAMI - Seorang bekas perisik yang disabitkan kesalahan penipuan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Herve Jaugbert menceritakan cara dia melarikan diri dengan menyamar sebagai wanita dan memakai baju renang dalam pakaian burka, lapor sebuah akhbar semalam.
Jaugbert, 53, yang merupakan bekas pegawai tentera laut dan rayat Perancis mendakwa diugut oleh polis rahsia di Dubai, UAE yang mahu memasukkan jarum ke dalam hidung dan dipenjarakan untuk kesalahan tidak dilakukan.
Dia berjaya melarikan diri pada waktu malam pada musim panas dengan memakai pakaian selam yang lengkap.
Jaugbert kemudian menyamar dengan memakai burka sebelum berenang ke laut dan menuju ke sebuah stesen pengawal pantai.
Dia memotong saluran minyak bot peronda polis UAE bagi memastikan tiada sesiapa dapat mengejarnya.
Jaugbert kemudian berenang 40 kilometer di luar perairan pantai Dubai dan bertemu dengan seorang bekas ejen Perancis yang berada di atas sebuah kapal layar.
Mereka belayar ke Mumbai, India dalam masa seminggu dan dia pergi ke konsul Perancis dengan membuat dakwaan kehilangan pasport untuk diganti dengan yang baru.
Jaugbert bekerja sebagai kontraktor firma pembinaan kapal, Dubai World di UAE pada 2007.
Ketika itu, dia pernah disoal siasat polis apabila seorang eksekutif di firma tersebut melaporkan penemuan beberapa butir peluru di pejabat Jaugbert menyebabkan polis menganggap dia seorang pembunuh upahan.
Pada masa sama, syarikat itu mendakwa dia memasukkan bil untuk barang yang tidak pernah diterima oleh majikannya.
Jaugbert menjelaskan, majikannya itu kerugian banyak wang dan mencari jalan memecatnya tanpa perlu membayar faedah yang tertunggak selama kontrak lima tahun.
Lelaki itu yang kini tinggal di Florida, Amerika Syarikat (AS) bersama isteri dan dua orang anaknya berkata: "Waktu itu saya hidup dalam penuh ketakutan dan jika tidak meninggalkan tempat itu, saya akan terperangkap dalam satu lagi 'bencana' baru." - Agensi