TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Dungun: Dalam keadaan separuh bogel, seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia, lari lintang pukang mengelak ditahan anggota Jabatan Imigresen yang menyerbu rumah kongsi di tapak pembinaan projek perumahan rumah teres di Kampung Rantau Abang di sini, awal pagi, semalam.
Berikutan hilang arah dikepung, lelaki berusia 35 tahun itu turut meredah masuk rumah kongsi lain yang mempunyai lebih 50 bilik di kawasan tapak projek berkenaan.
Operasi Fasa II Ops 6P diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri Mohd Amin Hassan itu turut disertai 50 anggota jabatan berkenaan serta empat kakitangan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran.
Mohd Amin berkata, operasi dilakukan selama enam jam bermula jam 12 tengah malam hingga 5 pagi dan dalam tempoh itu pihaknya memeriksa 111 warga asing membabitkan warga Bangladesh, Kemboja dan Indonesia di lapan rumah sewa serta rumah kongsi di Paka, di sini.
“Daripada jumlah itu, 54 PATI adalah Indonesia membabitkan 35 lelaki dan 17 wanita termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia dua setengah tahun serta bayi perempuan berusia dua bulan dan warga Kemboja seramai 12 orang,” katanya di sini, semalam.
Katanya, sebilangan besar PATI sama ada lelaki dan wanita cuba melarikan diri bagi mengelak ditahan kerana tiada dokumen perjalanan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan tinggal lebih masa mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama.
Beliau berkata, semua PATI ditahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa dan Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
“Dalam serbuan di sebuah rumah kongsi di Kampung Pinang Merah, Paka, di sini, PATI licik melarikan diri melalui pintu rahsia pada dinding belakang rumah kongsi yang dibina bagi memudahkan mereka melarikan diri ke hutan berhampiran jika diserbu pihak berkuasa,” katanya.
Mohd Amin berkata, semua PATI yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Sementara Imigresen Ajil, Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lariseparuhbogelelakditahanimigresen/Article/index_html