BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan Serta Logistik Pada 19, 20, 28 Dan 29 Mac

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
5fea4441c951333cf3b73abd4ad0e20069baa8c040a97

035d245da1422d5172289798a53aec8569baa9178547e

Kredit: FB Ministry of Transport Malaysia

Larangan pemanduan kenderaan barangan dan logistik pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini akan berkuat kuasa pada 19 dan 20 Mac serta 28 dan 29 Mac ini.

Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan larangan itu bagi memastikan kelancaran trafik, mengurangkan risiko kemalangan serta menjadikan perjalanan pulang ke kampung lebih selesa dan selamat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Pelaksanaan larangan ini mengambil kira keseimbangan antara kelancaran trafik dengan keperluan operasi kritikal.

“Orang ramai digalakkan merancang perjalanan dengan baik dan mematuhi peraturan demi keselamatan bersama,” menurut MOT menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam hantaran berasingan, kementerian itu memaklumkan bagaimanapun, beberapa kategori kenderaan berat dibenarkan beroperasi dengan had masa tertentu pada tarikh berkenaan antaranya lori kontena dan kargo, iaitu dari 8 pagi hingga 8 malam, manakala kenderaan pembinaan pula bermula pada 6 pagi hingga 6 petang dalam lingkungan 25 kilometer.

MOT memaklumkan pengecualian turut diberikan kepada perkhidmatan kritikal seperti operasi kecemasan, pengangkutan dari pelabuhan dan lapangan terbang serta bekalan keperluan asas.

“Pendekatan ini mencerminkan komitmen MOT dalam memastikan keselamatan dan kelancaran trafik tanpa menjejaskan operasi penting negara,” menurut kementerian itu.

 
Back
Top
Log in Register