BTC USD 83,909.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Larangan Mendatangi Tukang Tilik

king_diamond

Legendary Member
gem
Messages
10,160
Paid Membership
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
360
Points
131
Larangan Allah s.w.t kepada orang yang bertenung nasib ini jelas dari Firman-Nya yang bermaksud:

‘Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, main judi, menyembah berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan kotor daripada perbuatan syaitan. Maka hendaklah kamu meninggalkannya, moga-moga kamu menjadi orang yang beruntung.’ (Surah Al Maidah: Ayat 90)

Perbuatan bertenung nasib sangat dimurkai Allah s.w.t. kerana ia perbuatan syirik kerana menduakan Allah. Dalam hal yang sama, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

‘Barang siapa datang ke tempat jururamal, kemudian bertanya sesuatu dan membenarkan apa yang dikatakan, maka Allah s.w.t tidak menerima sembahyangnya selama 40 hari.’ (Hadis Riwayat: Muslim)

Hadis di atas menggambarkan peri bahaya dan betapa murkanya Allah ke atas orang yang bertenung nasib atau orang yang hendak menemui tok nujum. Apakah akan terjadi kepada kita di akhirat kelak sekiranya amalan sembahyang kita yang dikerjakan saban hari itu tidak diterima Allah, sedangkan amalan yang mula-mula dihisab Allah s.w.t di akhirat kelak ialah sembahyang.

Kita juga sudah sedia maklum bahawa tiada sesiapa pun mengetahui mengenai perkara ghaib baik di langit atau di bumi melainkan Allah s.w.t. Oleh itu, adalah satu pekerjaan yang sia-sia dan membazir sekiranya kita masih melakukan perbuatan yang telah terang dan nyata berada di luar kemampuan kita.

​
 
1000443782.jpg


Larangan Mendatangi Tukang Ramal (Dukun)

Hukum pergi kepada tukang ramal (dukun) bagi meminta mengubati sihir yang dihadapi adalah haram. Hal ini kerana apabila seseorang pergi menemui mereka untuk mengubati sihir yang dihadapi, jelas perbuatan tersebut membawa kepada pergantungan kepada selain Allah SWT. Begitu juga bagi tujuan mendapatkan nasihat dan pandangan mengenai sesuatu urusan daripada tukang ramal adalah haram. Ia boleh membawa syirik kepada Allah SWT.

Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada syirik kepadaNya dan mengurniakan kepada kita kefahaman dalam mengamalkan suruhanNya.
 
Back
Top
Log in Register