BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laporan polis terhadap Dr M

ronaldinhood

Super Active Member
Messages
9,352
Paid Membership
Joined
Apr 3, 2006
Messages
9,352
Reaction score
73
Points
70
Oct 4, 08 6:50pm
Seorang jurujual mendakwa, tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad - dulu dan sekarang - telah menyebabkan Malaysia mengalami masalah ekonomi.

Wee Fwen Szuh, 32, dari Gombak, Selangor membuat dakwaan tersebut dalam laporan polis yang dibuatnya di ibupejabat polis daerah Gombak pada jam 11.12 pagi semalam.

Dalam laporan tersebut, Wee yang mewakili sekumpulan rakyat prihatin, mahu polis menyiasat Dr Mahathir kerana "merosak dan menjahanamkan" ekonomi.

Wee mendakwa, Dr Mahathir berbuat demikian dengan meluluskan tindakan menyelamatkan Perwaja Steel sebanyak RM13 bilion, menyelamatkan sebuah konsortium perkapalan milik sanak saudaranya dan menyelamatkan Syarikat Penerbangan Malaysia.
Wee juga menuduh Dr Mahathir memperkayakan anak lelaki keduanya, Mokhzani. Dalam laporan polis itu, Wee mendakwa Mokhzani adalah salah seorang daripada 10 individu terkaya di Malaysia.

Katanya, Dr Mahathir telah membuat kenyataan yang tidak berasas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sehingga mengakibatkan ekonomi terjejas.
Menurut Wee lagi, isu-isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir adalah isu pembabitan Abdullah dalam skandal 'minyak untuk makanan' dan berkempen menentang Umno dan Barisan Nasional.

Dr Mahahtir, kata Wee, telah membuat kenyataan supaya rakyat menolak Umno dan BN walaupun beliau berkempen untuk anak lelakinya, Mukhriz.
Tindakan Dr Mahathir, dakwa Wee, telah menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat.
Malaysiakini memperolehi salinan laporan polis Wee tetapi usaha untuk menghubungi Wee untuk mendapatkan penjelasannya tidak berhasil

Serius ni. Boleh dakwa bawah ISA? Sapa boleh quote ISA?
 
ISA utk melindungi orang yang terancam ..
 
bagilah peluang orang tua tu nak berehat di hujung-hujung usianya, tak lama lagi tu, sabor je lah...
 
bagilah peluang orang tua tu nak berehat di hujung-hujung usianya, tak lama lagi tu, sabor je lah...

Ajal tak kira tua muda.. entah- entah Anwar yg pergi dulu..
 
macam2 hal la sekarang ni...
boring la dengar
 
2 jenis cina xsedar diri mcm 2 la.....
xtau nak hargai jasa pemimpin..........
 
sesapa yg rasa gelisah tu berhijrahlah lah ke negeri cina ke. akan tamatlah rasa gelisah tu nanti agaknya..
 
yg MAS dh survive make profit balik tuh apa bendenye....
 
Back
Top
Log in Register