aku baru je g tengok office lamp berger kat segitiga emas, bagunan DHL nearby pavilion 27/12/2011. member aku ajak. suruh join.
mula2 dia tunjukkan banggunan dia, pastu oil2 dia, pastu barang2 unik dan pelik dia, pastu spa harga 3 juta dia. harga product bukannya murah, tapi beribu-ribu..rasanya product simplysiti lagi murah. last sekali sembang pasal spa lemp berger. siap kata da buka spa kat ipoh 3 juta. hanya org kaya yg ada membership 100k ke atas je bole masuk.
okla fine. pastu dia pun panggil supervisor dia. sembang lagi. level member la, level duke la, level baron la, level arc duke la..
pastu cite org tu pakai fair lady lepas join lamp berger 4 bulan.
cite orang tu pakai mercedes gold pas quit job as senior technician.
wow, aku betul2 impress dan wonderful time tu.
so next question dia tanya aku mau jadi member dan buka lesen franchisee lamp berger tak? katanya lagi no direct selling at all. tak yah beli pun product2 ni.
aku terdiam...minta dia cite lebih details.
pastu dia cite kalo nak jadi member je, rm 80. takde pape kelebihan kalo jadi member.
tapi kalo jadi baron WAJIB bayar RM 2345 (rm 11500 SEKARANG) dan dapat 3 lesen franchisee..
pastu cari lagi 5 member, same step as above.
pastu dapat 38% from each revenue 2345.
so 2345 * 5 * 38% = 4460.
pastu kalo 5 downline tu cari lagi orang.. dapat la lagi 38%...
tu kalo baron,count la,(RM 32500 SEKARANG, NI TAHAP TERTINGGI YANG BOLEH MASUK GUNA DUIT) marquis lar, kalo duke,arch duke..lain table dan lagi besar % dapat..
wow dan kagum rasa time tu..
malam tu juga dia ajak join events. FOC katanya..melihat orng lain berjaya..aku da mula rasa kagum dan tak sedap hati. aku bgtahu aku tak bole join even tu sebab aku ada hal yg lagi penting.
lepas aku tenung kertas yg dia tulis macam2 tu, aku terdetik dlm hati.
takan org kat luar sanggup berhenti wat kije macam ni? kalo macam tu Dr. Romzey tak yah la sekolah tinggi2. masuk lamp berger je da kaya raya.
aku nak cari duit satu sen pun payah.
aku cakap kat member aku bagila tempoh utk aku pk nak join2. aku janji jumaat ni 30/12/2011 bagi jawapan.
aku google dulu. cari lamp berger.
so, sah MLM rupanya. ustazah robiah pernah bagi ceramah, duit yg kita dapat tanpa hasil usaha kita sendiri atau tidak tahu mana datang pangkal hujung hukumnya Haram.. jeng jeng jeng jeng...
dan aku pernah tengok kwn aku yg mana join MLM ni duit tak pernah cukup. da dapat 30K every month pun tak cukup. aku gaji 1000-2000 ok je. siap bole support family lagi. dan aku perhatikan mana2 org yg join MLM ni, duit yg dia dapat semua di habiskan kat tempat yg tak sepatutnya disko laa, pub laa, genting judi la, itula inila..time ada duit banyak tak pula ingat nak g mekah atau umrah..tahu enjoy je..atas alasan tiket CELEBRATE. yelah celebrate abah mu..
dan aku teringat lagi masa belajar, kalo kita bagi duit dulu kita akan dapat service. pay first dan baru dapat service. macam sewa kereta ke. sewa rumah ke.tapi lmp berger ni konsepnya bayar sekarang kemudian cari org baru dapat duit? ewah, senangnya kije...
kalo macam tu kenapa tak satu malaysia join ni? tak payahla nak ada degree/diploma/spm...semua org wat benda ni..cepat kaya...
dan yang paling penting aku nak sampaikan kat semua CG di sini.ingatlah duit yg kita dapat setiap bulan kita wajib fikir dari mana datang duit tu. jgn ingat asal hujung bulan pergi kat dinding, cucuk pakai kad keluar duit semudah ABC. salah tu. kalo kita tak kerja dgn sebaiknya mana nak dapat duit walaupun kita kije makan gaji buta je.
ingatlah No Job No Makan. Kerja Dulu baru dapat duit. bukan duit dulu baru kerja..
kesimpulannya aku bersyukur kerana tidak terjebak ke skim cepat kaya. biarlah aku susah nak dapat duit. biar setiap sen aku dapat susah. tapi berkat dan manis.
aku tak mau menyusahkan org lain. menipu dan sebagainya.
semoga kawan aku tu dapat hidayah...amin..