BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lamborghini dipandu pelajar remuk

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_03.1.jpg

KEADAAN kereta Lamborghini yang terbabit dalam kemalangan di Gua Musang, Kelantan semalam.

GUA MUSANG - Sebuah kereta Lamborghini yang dipandu seorang pelajar kolej swasta remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 38, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pukul 4 petang semalam.

Kemalangan itu dipercayai berlaku akibat kegagalan pemandu kereta mewah berkenaan, Ng Euken, 25, memotong sebuah lori yang berada di hadapannya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Saiful Bahri Abdullah berkata, semasa kejadian sebuah lori dari arah bertentangan pula gagal mengelak menyebabkan kenderaan terbabit bergesel dengan kereta Lamborghini yang bernilai kira-kira RM1.2 juta itu.

"Lori tersebut berpusing sebelum melanggar sebuah teksi di laluan bertentangan. Bagaimanapun hanya pemandu Lamborghini dan seorang penumpang di dalamnya mengalami cedera ringan," katanya.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
 
keta laju pun xlepas. ha amik ko double line
 
Fuh cedera rigan je tu....mmg terbaik..berbaloi bayar juta2
 
Last edited:
sib baik selamat...tp pasni kena jwb la...terang2 double line..masak la...nk cover insuren kenderaan lain...:)):)):))
 
double line...
masakkk....
sombong sgt bila bawak keta mewah..
 
Dia ingt jln Gua musang - kuala krai ni mcm highway dkt German agaknya...
 
anak cina umur 25 dah pakai lambo.. anak melayu umur 25 baru stark curi pok getah
 
Back
Top
Log in Register