BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laman web permainan video digodam

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SAN FRANCISCO 25 Jun - Syarikat permainan video gergasi Amerika Syarikat (AS), Electronic Arts (EA) semalam mendedahkan penggodam telah mencuri data penggunanya dalam satu serangan siber.

EA dalam laman webnya berkata, jaringan komputer Bioware yang menjadi hos kepada forum permainan Neverwinter Nights telah digodam dan nama pengguna, kata laluan, alamat emel, tarikh lahir dan maklumat peribadi lain telah dicuri.

"Sistem pelayan dengan forum Neverwinter Nights telah menjadi sasaran serangan siber.

"Kami telah melaksanakan kawalan keselamatan tambahan bagi menghalang kejadian ini berulang untuk memastikan keselamatan pengguna selain melakukan penilaian untuk masa depan,'' kata syarikat permainan video gergasi itu.

Menurut syarikat yang berpangkalan di California Utara itu, tiada maklumat kad kredit telah dicuri dalam serangan siber tersebut.

EA merupakan mangsa serangan siber terbaru selepas pelbagai syarikat dan agensi kerajaan menjadi sasaran di AS termasuk polis Arizona dan Agensi Risikan Pusat (CIA).

Ahad lalu, sebuah syarikat permainan video Jepun, Sega mendedahkan penggodam telah mencuri data peribadi 1.29 juta pelanggannya melalui satu laman webnya di Eropah.

Syarikat itu berkata, laman web Sega Pass yang diuruskan oleh Sega Europe tidak mengandungi maklumat kad kredit. - AFP

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/inf...=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_05.htm
 
EA sport........mantap ini pon kena huhuuhuh
 
Back
Top
Log in Register